CHOCOLATE SELF - SAUCING PUDDING

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah semalam dalam pukul 11:30 pagi tu hujan turun dengan amat lebat, syukurlah, dah lama sangat kemarau kat sini,, akhirnya rahmat hujan turun juga. patut la mula-mula tu panas, lepas tu nampak macam cuaca mendung..rupanya nak hujan...

Wani nak kongsikan kek yang dah lama mengidam, post sekali rasanya kat blog. Sebab ianya kek yang amat mudah, jadi nak buat sekali lagi. Macam makan kek dalam hot chocolate.. Sebab dasar kek tu masih ada baki sos yang lembap.

Resepi kat bawah. cubalah..entah dapat kat mana link.. nama lagi self- saucing..bukan kuih kita,, puding dari barat hii ..tq so much

CHOCOLATE SELF - SAUCING PUDDING 

BAHAN - BAHAN 
3/4 cawan atau 185 gm tepung gandum 
1/4 cawan atau 25 gm badam kisar ( wani guna badam kasar ) 
1/2 cawan atau 90 gm  gula perang 
2 1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan atau 35 gm serbuk koko
1 cawan atau 250 ml susu segar atau susu cair
70 gm mentega dicairkan
2 biji telur dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
serbuk koko secukupnya untuk "dusting"

BAHAN - BAHAN UNTUK SOS

1 cawan atau 175gm gula perang
3 sudu besar serbuk koko
2 cawan atau 500ml air panas

CARA-CARA

1. dalam satu bekas, ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko
2. masukkan susu,badam kisar, mentega, telur dan esen vanila, kacau sampai sebati
3. tuangkan ke dalam bekas ramekin 17cm x 8cm
4. untuk membuat sos, masukkan gula, serbuk koko dalam satu bekas dan tuangkan air panas.kacau sampai larut
5. tuangkan sos tadi perlahan-lahan ke dalam adunan kek coklat
6. bakar selama 30 minit di dalam oven yang telah dipanaskan ikut suhu oven masing - masing atau cucuk dengan lidi sekiranya tak melekat tanda dah masak.
7. keluarkan dari oven, taburkan serbuk koko ayak guna penapis nak bagi sekata, dan sedia untuk dihidang terus ..

NOTA
kek ni memang sesuai untuk dihidang terus, sebab masa tu panas, makan macam kek dalam hot chocolate

Kalau nak letak dalam cawan - cawan kecil atau ramekins pun boleh tapi kena pandai adjust nak masukkan sos tu.kek dalam cawan ni  bakar dalam 25 minit atau cucuk dengan lidi sekiranya nampak tak melekat, boleh keluarkan. jangan bakar lama takut kering



Post a Comment

Previous Post Next Post