ASSALAMUALAIKUM...
Entri yang tertunggak , menu yang dah lama buat,dah pernah buat sekali dengan noxxa tapi guna ubi kentang biasa, kali ini guna ubi kentang russet lagi sedap ya. Menu ni sangat simple dan memang wani suka kepelbagaian jenis sup.. Gaya nak tiru mat saleh sebenarnya ni hii.sebab terlebih rajin rasa macam nak bakar dengan kulit puff lagi sedap, sambil korek hirup sup tu sambil makan kulit puff...memang sedap dan semestinya kena hidang panas, lepas bakar tu makan terus
Dah dah.. la entri panjang - panjang ..nanti malas nak baca pulak. :D ..resepi kat bawah pun dah panjang dah.. olah ambil dari resepi mat saleh. Yang ni versi noxxa lagi cepat dan mudah..
POTATO & CARROT SOUP NOXXA
BAHAN- BAHAN
2 1/2 cawan air
3 biji ubi kentang russet dibuang kulit ,dipotong dadu sederhana besar
1 batang lobak merah dibuang kulit dan didadu
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar sederhana dipotong dadu atau kalau yang besar separuh
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar serbuk pati ayam guna kiub pun boleh
1 sudu teh daun parsley kering atau nak letak herba lain pun boleh oregano, italian herbs dan lain - lain
2 keping slice cheese
Kulit puff pastry jenama kawan secukupnya
CARA - CARA
1. Tekan stir fry dan On kan periuk noxxa , letak mentega , nampak cair terus letak bawang putih dan bawang besar
2. Kacau sampai wangi dan sekadar nampak layu, off kan sekejap.
3. masukkan ubi kentang dan lobak merah, air, serbuk lada putih serta serbuk pati ayam
4. Tutup periuk noxxa, tekan high pressure selama 15 minit dan tekan on .lepas bunyi beep, tekan off, tarik picu tombol untuk lepaskan tekanan baru buka tudung
5. Kacau sikit tapi masih nampak ketulan ubi kentang tu , jangan hancur sangat, nak ada ketulan - ketulan sikit
6. Masukkan daun parsley kering, kacau rata dengan kepanasan yang ada.masa ni kalau rasa nak tambah garam ke, serbuk lada putih ke boleh tambah ikut citarasa
7. Akhir sekali, masukkan slice cheese dan kacau rata sampai cheese cair
8. Sup nampak pekat sikit bila letak slice cheese
CARA - CARA NAK BAKAR PUFF PASTRY
1. Keluarkan puff pastry daripada peti tapi jangan sampai lembik..ataupun letak dalam peti bawah biar ia sejuk tapi masih keras bukan lembik..
2. 1 biji telur dipukul ringan, tuangkan sup ke dalam ramekin tapi jangan penuh, sapu keliling ramekin dengan telur yang telah dipukul ringan tadi
3. Ambil kulit puff pastry dan belah bentuk X kat tengah nak bagi udara keluar dan kembang dengan elok masa bakar nanti
4. kemudian, tutupkan dengan kemas permukaan ramekin sambil tekan - tekan keliling ramekin
5. Sapukan lebihan telur ke atas puff pastry sebagai " glazing" nanti nampak berkilat lepas bakar
6. Bakar pada suhu 170 C atau ikut oven masing - masing yang telah dipanaskan dalam 25 minit sampai permukaan puff pastry nampak keperangan
7. Hidangkan panas !
NOTA
Saiz hidangan bergantung atas ramekin yang digunakan, wani guna ramekin saiz kecil, jadi kulit puff tu terlebih sikit bila letak atas ramekin
ibu jual pada harga ahli je. pm0192494819
ReplyDeletehttps://m.facebook.com/Noxxa-Pressure-Cooker-5199501848215…/
ReplyDeleteAkak ada jual periuk pelbagai fungsi noxxa bersaiz 8 liter boleh masak nasi 2kg sekali gus pd harga rm670. 4ebook resepi noxxa rm10. PM 0192494819
Post a Comment