SEBAK RASA DI HATI :(

ASSALAMUALAIKUM...


Salam jumaat

semalam dah result SPM kan, seperti biasalah ada muka sambut dengan senyuman , ada air muka sambut dengan air mata,, bila tengok adik - adik ni ambil result SPM ,,Teringat zaman ambil result SPM jugak, tahniah buat adik - adik yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, mara lagi ke hadapan,banyak lagi perancangan yang ke hadapan, semoga Allah permudahkan buat mereka.  buat yang kurang berjaya ataupun berasa result tu mengecewakan, jadikanlah itu salah satu cabaran untuk melangkah ke hadapan, banyak lagi onak dan duri yang perlu ditempuhi. Penilaian peperiksaan bukan tiket kejayaan dalam hidup..Banyak lagi proses untuk mematangkan diri dalam tempoh kehidupan yang bakal kita lalui.. 

Sejak semalam wani baca berita ,rasanya ada dua orang pelajar yang tak sempat ambil keputusan SPM, sebab dah pergi menemui pencipta terlebih dahulu, rasa sayu dan pilu di hati bila tengok keputusan SPM kedua - dua arwah ni cemerlang. Tak boleh nak bayang perasaan mak ayah dia. :(. anak pergi dulu tak sempat ambil keputusan SPM, Fasa kehidupan baru nak bermula tapi ALLAH dah jemput terlebih dahulu. Lumrah kehidupan, ajal maut ALLAH jua yang tahu, kenapa asbab Allah jemput awal , Dia jua yang maha mengetahui, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan Allah. Mudah - mudahan kedua - dua keluarga ini tabah walaupun ketiadaan anak di sisi. 







Post a Comment

Previous Post Next Post