Tips Yang Betul Untuk Simpan Telur Supaya Tahan Lama

Tips Yang Betul Untuk Simpan Telur Supaya Tahan Lama | Baru - baru ni ada sahabat facebook Wani berkongsi tips untuk telur berapa lama boleh simpan telur setiap kali kita beli telur, Disebabkan dia ambil kursus, chef yang cakap macam tu sebagai tips apabila beli telur  dan macam mana nak simpan lagi elok dan tahan lama telur. Terima kasih sahabat, panjangkan kat sini pulak, kasihan pula kalau orang yang tak tahu tips nak simpan telur macam mana.

Kalau dulu Wani pernah dengar jangan basuh telur kalau nak simpan sebab telur takkan tahan lama. Ada sesiapa pernah basuh telur tak lseepas beli sebab nak simpan dalam peti jadinya malas nak basuh banyak kali. Ada tak yang macam Wani. Rasanya ramai kot. 

Tips Yang Betul Untuk Simpan Telur Supaya Tahan Lama



Kalau ada kita geng. Selalunya Wani beli telur, satu rakit tu, memang wani basuh sebab nak simpan dalam peti kan, motifnya sebab tak nak basuh setiap kali ambil. Tapi rupanya ini cara yang salah ya. Pernah juga terjadi telur yang dipecahkan dari dalam peti. Telur dah dibasuh dan disimpan dalam peti. Telur dah jadi busuk, pelik padahal simpan dalam peti.

Bagaimana Cara Betul Simpan Telur Di Dalam Peti Sejuk ? 

Suasana iklim khatulistiwa di negara Malaysia kebanyakannya memilih untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk. Tujuannya adalah untuk memastikan telur supaya lebih tahan lama. Dengan suhu yang betul, ia juga untuk mengelakkan telur tersebut daripada tercemar daripada bakteria salmonella.

Biasa di kalangan kita mesti terbiasa menyimpan telur di dalam bekas telur yang telah sedia ada di rak atas sekali di dalam peti kan. Berapa ramai yang menyimpan telur kat sini. Sis pun simpan telur dekat rak yang disediakan juga. Sebenarnya cara ini tidak betul. Telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan telur tersebut tahan lama. 

Tempat yang biasa kita simpan bahagian atas rak telur di dalam peti sejuk tu kan, kadang - kadang kita ni asyik buka tutup peti. Sebab itu suhu bahagian tersebut terjejas. 

Kalau nak simpan telur dengan cara yang betul, disarankan untuk simpan di bahagian rak lain dan kalau boleh letak telur dalam bekas lain. Ini penting supaya suhu telur sentiasa stabil. 

Pilih Bekas Telur Yang Sesuai Untuk Menyimpan Telur Di Dalam Peti 

Sekarang ini, pelbagai pilihan bekas simpan telur yang dijual di pasaran. Ada pelbagai saiz dan reka bentuk bekas pun berlainan, asalkan ia adalah tempat untuk menyimpan telur. Sebagai contoh nya seperti gambar di bawah. 
Tips Yang Betul Untuk Simpan Telur Supaya Tahan Lama

Bekas khas yang ada penutup lagi selamat dari berlakunya telur yang pecah. Nak simpan yang tidak ada penutup bukan tidak boleh, tapi dalam keadaan berhimpit sesama telur banyak risiko yang mungkin berlaku. Salah satunya risiko telur pecah. 

Boleh letak di rak bawah. Cara letak telur pun perlu betul walaupun di dalam bekas telur. Dicadangkan telur dengan bahagian yang runcing menghadap ke atas. Ini kerana, ia adalah untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada di tengah telur. 

 Tips  Nak Simpan Telur Dengan Cara Yang Betul

1. Jangan sesekali basuh telur, basuh hanya bila nak digunakan sahaja.

2. Telur apabila lepas dibasuh dan disimpan dalam peti hanya tahan kesegaran dalam 3 hari sahaja.

3. Kulit telur ada selaput yang melindungi bakteria dari masuk ke dalam, sebab tu basuh hanya perlu sahaja. Kalau bakteria masuk, nampak kuning telur bercampur dengan putih telur.

4. Simpan dalam persekitaran suhu bilik tahan 1 bulan .

5. Kalau nak lagi lama simpan, telur akan disembur dengan " wax" tapi Malaysia tak guna, kalau kat luar negara mereka akan sembur " wax".

Itulah sahaja tipsnya semoga dapat membantu. Kalau sebelum ini kita tak ambil tahu, lepas ini kita ambil tahu ya untuk cara penyimpanan telur dengan betul dan tahan lama. 




3 Comments

  1. thanks for the tips....rietta pown selalu menghadapi masalah yang sama...sebab tu xbrani bli byk...sekali bli 5-10 biji sj....

    ReplyDelete
  2. good tips wani :) tapi kak ana kalau beli telur sepuluh biji tahan seminggu je settle hihi :)

    ReplyDelete
  3. Kalau kotor, kita basuh dulu & keringkan sebelum simpan dalam peti sebab takut bakteria merebak. Telur xtahan lama kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post