ASSALAMUALAIKUM...
Tak kurang dari 4 hari lagi AEON MALL akan dibuka di Kelantan. Sejak wani follow page Kota Bharu Residents, banyak update admin post pasal AEON MALL kat sini. Macam teruja pulak nak tengok. Jakunnya Mek Kelate nak pergi tengok hii. Buat masa sekarang ni mall paling besar lah setakat ni. Dan mall yang ke 26 di Malaysia. Kiranya terkebelakang sikit .. Tapi tak kisah pun, lambat pun ada jugak akhirnya.. Dah la bersebelahan dengan tesco. Entah macam mana la nasib tesco.
Nak lagi masa pembukaan sulung nak bagi hadiah payung dengan sarapan pagi percuma. Entah lah ramai mana orang yang pergi. 28 haribulan tu hari Khamis. Pelik pembukaan hari tu tapi tak buat hujung minggu. Lebih 130 kedai kat dalam tu. Daiso pun dah ada.. HABIS !! Tapi dah naik harga RM 5.30 setiap satu barang sebab gst. Tak ada la nak bayar RM 5 macam dulu.
Pada sesiapa yang ada kelapangan nak pergi.. Tak tahu lagi apa kejutan kat dalam pada hari khamis. nanti.
Post a Comment