Resepi Kek Epal Mudah Dengan Crumb Topping Sedap Sukatan Cawan

Resepi Kek Epal Mudah Dengan Crumb Topping Sedap Ikut Sukatan Cawan | Salam semua, terasa nak buat resepi kek epal mudah tapi ada gabungan crumb topping. Kita lari sikit dari kek kampung sebab tekak teringin nak makan english style punya cake. Kek epal ni ada 3 layer semuanya. Bawah sekali asas kek, yang tengah ada hirisan epal yang disusun dan atas sekali ada crumb topping. Sis sebelum ni ada jugak buat yang ada crumb topping. Disebabkan bila ada crumb topping kerja nya macam renyah sikit. Tapi akhirnya siap juga, sebiji kek.

Resepi kek epal mudah

Nak buat kek macam ni, kena ada loyang spring form, yang boleh buka kat bawah tu. Sebab apa, sebab senang kita nak keluarkan loyang kek. Kek ni bukan kena telangkupkan dulu nak keluarkan. Kalau buat macam tu memang habis rosak kek. 

Kek ini lepas bakar, potong terus sedap sebab crumb tu masih rangup. 

Untuk homemade buttermilk tu tak ada sukatan jus lemon tu berapa, api biasa pernah baca 1 cawan susu  dicampur dengan 1 sudu besar jus lemon, tapi wani ikut perah, nampak dah bertukar jadi macam dadih cukuplah.

Jom cuba resepi kek epal bakar bersama crumb topping. 

Resepi kek epal mudah

Resepi Kek Epal Mudah Dengan Crumb Topping Sedap Sukatan Cawan


Bahan - Bahan Untuk Crumb Topping 
1/3 cawan gula halus 
1/3 cawan gula perang
3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter  atau 113 gm  mentega, dicairkan

Bahan - Bahan Untuk Kek 
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus ( guna gula perang )
1/4 cawan gula perang 
1/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
6 sudu besar mentega suhu bilik ( sukat guna sudu metrik )
1 biji telur 
1 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
*1/3 cawan buttermilk
Apple hijau dalam 4 biji atau secukupnya dibuang kulit dan dihiris nipis ( guna saiz apple sederhana )

*Untuk homemade buttermilk, boleh perah jus lemon atau jus limau nipis .ganti dengan cuka pun boleh tapi tak pernah buat lagi. Guna susu segar dan perah lemon sampai nampak jadi macam dadih 

Cara - Cara 
1. Pertama sekali buat untuk crumb topping,campurkan ke semua bahan kering dan masukkan mentega cair.kacau sehingga sebati, simpan dalam peti sekejap sebelum guna. 
2. Untuk kek, tepung gandum, baking soda dan baking powder diayak.
3. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati,seterusnya masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung sikit demi sikit berselang seli dengan buttermilk. Kaup balik adunan kek sehingga sebati.
5. Griskan loyang bulat springform pan 9" dengan mentega dan taburkan tepung disekeliling loyang, terbalikkan loyang dan hentakkan untuk buang lebihan tepung .
6. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang, ratakan dan aturkan hirisan epal atas adunan kek
7. Akhir sekali, taburkan untuk crumb topping, hancurkan dengan tangan sambil tabur ke dalam loyang, tutup keseluruhan hirisan epal.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan ikut suhu oven masing - masing selama 42 - 45 minit atau cucuk dengan lidi, sekiranya tak melekat tanda dah masak.
9. Keluarkan dan sejukkan sekejap dalam 15 minit, tanggalkan dari loyang dan sedia untuk dihidang masa tengah hangat. Sedap! 

Nota : 
Crumb topping bila simpan dalam peti ia akan keras sikit, agak nanti nak guna, keluarkan dari peti, biarkan ia separa lembut, boleh hancurkan dengan tangan dan tabur atas hirisan epal

Kredit : https://www.sprinklesomesugar.com/apple-crumb-coffee-cake/

Baca Juga : 




4 Comments

  1. Assalamualaikum Wani,
    selalu tengok resepi ni... tapi belum ada kudrat nak buat. Tumpang jamu mata di sini ye Wani :)

    ReplyDelete
  2. wah sedap resepinya. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya tapi memang akak malas nak buat kek tapi kalau apple crumble memang akak suka

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post