DAH SAMPAI "G" KE NI ?

ASSALAMUALAIKUM...


kalau malam menaip , tenang sikit, banyak idea masuk. tak fikir pasal panas sebab dah malam.kalau siang hari idea tak masuk atau pun bergantung la juga kepada mood..  wani teringatkan satu kisah 3 orang makcik ni.. kalau sebenarnya berjumpa dengan orang, wani lebih suka kalau berbual dengan orang tua. tapi yang ni tak sempat nak bercakap, terjumpa pun dalam lif. tapi tengok gelagat mereka mencuit hati wani lah.. hii

Ada urusan dekat wisma negeri tingkat 9. Usai selesai, persekitaran tempat lif tak ada sangat orang, hanya dengar bunyi.tanda lif terbuka, wani tengok saja samaada orang keluar, kadang - kadang tak ada orang. Wani saja nak ambil nafas sekejap sambil tengok pemandangan dari tingkat 9.ni gambar dari tingkat 9 ya. Dah lama tak tengok pemandangan macam ni. Biarkan dulu lif tu. Pemandangan di luar cuaca sangat panas.pemandangan kat bawah urusan dunia yang sangat sibuk, sedangkan Yang Maha Pencipta sedang memerhatikan di atas Arsy.begitulah kehidupan diteruskan setiap hari

Dah puas tengok pemandangan, sambil tengah tunggu lif depan mata, jari - jemari ni sibuk bermain phone, sambil tengok pintu lif mana yang terbuka. Dalam 2 minit menunggu, pintu lif terbuka, wani terpandang dalam lif tu ada tiga orang makcik mungkin dalam lingkungan umur 65 +.ada seorang lelaki di sisi mereka. Agaknya nak turun ke tingkat bawah juga. Wani masuk sambil senyum dekat makcik sebelah kanan wani. Lepas tu diikuti seorang wanita muda yang masuk sama. 

Pintu lif pun tutup. Salah seorang makcik asyik bertanya dekat lelaki tadi " kalau ada merah di  G tu dah sampai lah ya " sambil mata memandang tanda merah atas pintu lif. Lelaki itu angguk sahaja.Semasa lif sampai ke tingkat berapa dah, lelaki tadi keluar, tinggal la wani, 3 orang makcik dan seorang wanita muda.wani tekan butang nak tutup pintu, makcik bagi tahu kawan dia seorang lagi " nantilah dulu kena tunggu merah kat G " sambil pandang lagi kat atas. Makcik yang sebelah kanan wani ni senyap je sambil senyum tengok gelagat kawan dia 2 orang lagi Sebab mulut makcik 2 orang lagi tu tak berhenti bercakap. Hii asyik tanya " dah sampai G ke ? " sampaikan wani pun keliru mereka faham ke huruf G macam mana. Wani asyik tengok gelagat mereka sampai wani pun tersenyum sendirian, mana taknya setiap kali lif berhenti tingkat mana - mana. Setiap kali tanya " G dah ke ni? "

Ada masa lif berhenti tingkat kedua, pintu lif terbuka, nyaris makcik 3 orang tu nak keluar sebab wani tengah nak tekan butang tunggu orang masuk. Tanya lagi "G dah ke ni" terus bagi tahu " eh tak lagi makcik baru tingkat 2, setingkat lagi kita sampai ya " 

Sampai tingkat satu, keluar sambil senyum wani terus tanya "makcik dari mana ni " salah seorang bagi tahu bagi tahu mereka dari tingkat 2.Tingkat 2 tu Jabatan Pendaftaran mungkin ada urusan lah di sana.  berakhir di situ sahaja pertemuan kami.Tak tanya pun dari mana, datang bertiga ke? Atau datang dengan anak ke, tapi tak nampak pun golongan yang muda sikit di sisi mereka. 

begitulah sahabat, bila tengok orang tua ni, mereka adalah refleksi  kepada kita bila kita tua kelak, mungkin kita pun macam mereka .mungkin jadi pelupa ataupun nyanyuk seiring dengan peningkatan usia .sudah bersediakah kita nanti.. 






Post a Comment

Previous Post Next Post