KENALI "POPPY SEED" ATAU BIJI KAS KAS

ASSALAMUALAIKUM...


Dalam dunia baking, penggunaan poppyseed memang sudah tidak asing lagi dalam pembuatan kek dan pastry. Siapa yang tak pernah kenal. Kalau dulu wani tengok sahaja kat rak di kedai bakery, apa benda la ni ,, buat masak ke atau untuk baking. dan ada pernah nampak yang serbuk.. bagi biji kas kas warna putih

Terkejut semalam bila baca berita,  poppy seed yang selalu digunakan dalam baking khususnya dikatakan mengandungi dadah. Makan banyak boleh jadi mabuk . Eh betul ke ni, wani ada buat kek sekali guna poppy seed ni ..ada post kat sini. Bagi yang tak  pernah makan, rasa biji poppy tu crunchy sikit. Beli poppy seed kat kedai bakery , bukan beli dari pasaran gelap huu. Jadi wani buatlah sedikit research..gigih la sangat research hii..

Ini dipetik dari wikipedia

"Poppy seed is an oilseed obtained from the opium poppy(Papaver somniferum). The tiny kidney-shaped seeds have been harvested from dried seed pods by various civilizations for thousands of years. The seeds are used, whole or ground, as an ingredient in many foods, and they are pressed to yield poppyseed oil."



Gambar kat atas tu pokok opium poppy. Berita kat bawah yang baca semalam.

Hati-hati dengan kek "Poppy Seed" 

Orang ramai diminta berhati-hati ketika membeli atau memakan kek yang mengandungi biji popi iaitu benih ganja yang diharamkan di Malaysia, bagi mengelakkan mereka daripada memakan kek yang mengandungi dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur SAC Wan Abdullah Ishak berkata sejak minggu lepas, polis mengesan pengusaha kek di ibu kota, meletakkan biji popi di atas kek mereka dan dijual kepada umum, untuk melariskan jualan.

"Kami dapati sepotong kek itu dijual dengan harga RM13 dan mereka secara terang-terangan menamakan kek itu dengan pelbagai rasa termasuk 'Lemon Poppy Seed'. Pembeli yang memakan kek berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal," katanya kepada pemberita di sini.

SUMBER : BERNAMA

Apa yang wani google, poppy seed ada 2 jenis black poppy seed dan white poppy seed. Biasa tengok kat kedai bakery warna hitam macam gambar kat atas.yang white poppy seed macam gambar kat bawah 



"Nutty and pleasant in taste, poppy seeds are nutritious oilseeds used as condiment in cooking. Although the seeds obtained from the dry fruits (pods) of the poppy plant (opium poppy), they are entirely free from any sinister side effects of other poppy plant products such as opium poppy.
Poppy plant is a biennial herb of East Mediterranean and Asia Minor origin belonging to the Papaveraceae family, in the genus: Papaver. Scientific name: Papaver somniferum." 
SUMBER:NUTRITION

Apa yang wani Tonton dalam you tube, bunga dari pokok opium popyy cantik sangat, warna - warni macam bunga tulip.. Wani pun tak faham ke ada banyak jenis pokok poppy ni. Bila ia berbunga dan kembang mekar, kelopak bunga akan gugur, jadi nampak la kantung kat hijau kat tengah tu. Dalam kantung tu nanti ia kering sepenuhnya ,ada biji - biji kecil poppy seed untuk dituai nanti.poppy seed banyak faedahnya dari segi kesihatan. 

Setakat itu sahajalah yang wani research pasal biji poppy seeds. Sekadar hanya ambil info, kalau tak,  tak tahu food source kat mana, asyik tahu makan jer kan. Mungkin ada lagi info yang akan dikongsi nanti sebab poppy seed ni ada yang wani baca. ada poppy seed selamat untuk dimakan ada yang tak selamat.. Gambar - gambar semua ni pinjam dari encik google yang sentiasa baik hati.. 



1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post