TIPS BASUH BUAH ANGGUR

ASSALAMUALAIKUM..


Setiap kali tengok buah - buahan yang fresh, warna - warni lagi, tangan ni geram je nak sentuh - sentuh. Tapi setiap kali nak beli, mula lah terfikir macam- macam kalau dulu pernah menjadi kes epal pun beracun kan,, ingat lagi tak. Dan macam - macam isu sekarang kalau berkait dengan buah, terutama sekali buah - buah sekarang disalut dengan wax. Tengok macam fresh tapi salut dengan wax. 

Ada sekali pernah beli epal hijau, mula - mula beli tu memang la nampak fresh jer, bila lama - lama dah dalam peti ,epal tu macam berminyak lekit. Setiap kali nak beli buah epal, nak kena kupas kulit sedangkan kulit tu la fitonutrien banyak.. Nak buat macam mana buah import macam ni la. Kalau nak tanam sendiri pun cuaca pun tak sesuai. Kalau nak blend nak buang kulit, memang sia - sia la blend pun vitamin dah hilang. Itu buah import. Kalau buah tempatan, ada ke orang nak buat macam ni.pisangpun orang letak, susah sekarang nak cari betul - betul organik. Kalau tak pun mahal la harganya

Wani terbaca dan terkejut jugak la kalau buah anggur pun ada wax, tapi perasan jugak la semasa makan ada rasa pahit - pahit. Maknanya ku makan lilin ke huu.. 

Kat sini wani nak share tip. Tak pernah buat lagi. Semoga perkongsian ini dapat membantu. Sumber daripage facebook Resepi Emakku 

Selalunya bila makan buah anggur mesti rasa macam pahit-pahit sikit,kan?

Kadang-kadang makan sikit je dah mula sakit tekak. 
( Anggur ada wax atau lilin untuk bagi ia tahan lama).

Jadinya salah satu cara nak basuh buah anggur dengan bersih ialah dengan guna TEPUNG GANDUM. 

Caranya. 
1. Ambil anggur,  taburkan dengan tepung. 
2. Biar seketika. 5-10 minit. 
3. Kemudian basuh dan keringkan. 

P.s : Masa basuh tu kena ambil masa sikit.  Sebab tepung tu akan melekat kat lilin pada anggur tu. 

Hasilnya, anggur jadi lebih bersih,  berkilat dan manis tanpa rasa pahit/kelat. 😉

1 Comments

  1. Kdg2 perkara mcm ni kita anggap remeh kn. Padahal, penting utk kita amik tau.... Btw, Good sharing..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post