BAZAR TOK GURU || KEDAI ABE DIN || NOMBOR KEDAI A321

ASSALAMUALAIKUM...

Cuti panjang ni, ramai orang keluar berjalan. Samada balik kampung dan sudah tentu banyak jemputan kenduri. Semalam dah nampak jam jalan, Kalau sesiapa bertandang ke Bazar Tok Guru di Kelantan, samada orang Kelantan sendiri atau orang di luar Kelantan,datanglah ke kedai Abe Din ni ya, tapi bukan jual baju kurung, baju moden , kedai ni hanya jual kain sarung, kain pelikat, sejadah pun ada, kain sembahyang pun ada. Apa keistimewaan kat sini. Wani dah banyak kali datang sini dan memang jadi customer tetap. Tapi bukan wani jadi customer tetap, bonda yang jadi customer tetap. hii

Itupun atas cadangan kawan bonda, nak beli kain sarung datang kedai Abe Din ni. sampai sekarang memang setiap kali datang sini, tak tengok kedai lain dah, ingat nombor kedai terus jalan masuk kedai Abe Din, tak boleh dah nak toleh sana sini nak survey sana sini sebab kat sini pun dah berpatutan dah harga dan yang pastinya kain sarung original bukan tiruan , kalau pergi tanya kedai lain pun tak semestinya kain pun original, kadang - kadang nak ambil kesempatan pun ada, biasalah berbisnes

Kalau orang tak biasa masuk Bazar Tok Guru memang pening kepala la sikit dah macam lorong sesat hii, kadang- kadang jalan sana keluar ikut sini, eh jalan sama jugak .. Dongak kepala sikit kat atas ada nombor kedai, kat situ boleh jadi tanda takut - takut berjalan dilorong yang sama. Biasanya kedai buka semua dalam pukul 10 hingga 11 lebih pagi.


kedai Abe Din ni tak pakai sign board,hanya tulis dengan marker hitam, toleh ke kanan sikit ada nombor kedai A321. Memang berbaloi sebab harga kain lebih murah nak banding tempat  lain. Kalau tempat lain dah boleh cecah dalam RM 18 lebih sehelai.kat sini dalam RM 15 lebih .. Yang sedihnya wani baru dapat tahu Pakcik Din dah tak ada meninggal tahun lepas sebab sakit jantung, wani last datang tahun 2014 kat sini.sebab tengok ada orang lain yang jaga kedai, rupanya anak arwah. anak arwah bagi tahu ayah dia tak pernah ambil untung banyak sikit jer ambil untung, sebab dia dah ada customer tetap. setiap kali wani datang, memang selalu ada orang kedai Abe Din..

ruang kedai memang sempit sikit ,sampai barang pun melimpah tepi pintu,

syukurlah ada anak arwah yang sambung bisnes, kepada pembaca- pembaca blog wani sekiranya nak datang sini singgahlah kat kedai ni ya ,,mudah-mudahan murah rezeki walaupun sekarang ni anak arwah dah ambil alih..  biasanya orang beli kain sarung nak bagi hadiah dekat saudara -mara..bagi rakyat Kelantan, kalau ada sesiapa datang rumah, biasanya tetamu luar,, paling tidak pun memang bagi hadiah kain sarung atau kain pelikat,, dah jadi budaya kami di sini.


kalau terasa lapar , datang tak sempat nak breakfast ke, ada kedai makan kat tingkat 3, tapi tak banyak ,wani perhatikan dalam 3 kedai .. kat atas masih banyak lot kedai kosong..bazar tok guru 3 tingkat ya ada lif,  ada sekali wani tersilap tekan tingkat 2 ingat kedai makan kat tingkat 2 ,sekali buka pintu lif, rasa macam terkejut sikit, sebab tak ada orang , kedai masih banyak kosong tak ada orang sewa .. tanya orang kebetulan kat situ kedai makan kat tingkat 3.. yang lot jual kain baju banyak kat tingkat 1..

harap-harap tak ada lah orang sesat bila masuk sini hii.. 

Post a Comment

Previous Post Next Post