Resepi Nestum Coklat Bar Hanya 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Nestum Coklat Bar Hanya 2 Bahan Mudah Dan Sedap | Salam semua, Sejak post pasal kek buah kukus sedap dah masuk popular post pulak. Resepi untuk kek buah kukus sedap pun dah naik rating untuk satu anak tangga. Nampaknya ramai sangat peminat kek buah kukus di luar sana ya. Lebih - lebih lagi dah nak dekat puasa, lepas puasa nak raya pulak. Mesti dah ramai dah buat list nak buat biskut apa masa nak raya nanti. Kek pun tidak ketinggalan.

Resepi Nestum Coklat Bar Hanya 2 Bahan Mudah Dan Sedap


Tetapi kek buah kukus ni pun memang satu hidangan kena letak atas meja juga ni. baguslah rakyat Malaysia. Barulah tak kelam kabut kan. Kalau rajin la buat sendiri, kalau order kek buah kukus ni memang mahal, berbaloi la dengan cara masak lagi bukan senang oitt.. 

Sis baru teringat ada gambar yang tak post lagi. Dah lama sebenarnya simpan resepi nak buat nestum coklat yang teramat lah mudah. Baru - baru ini, ada beli nestum dekat kedai bakeri, sebab pemilik resepi cakap kalau guna nestum yang packaging kuning tu yang biasa kita minum tu,  nestum tu dah ada gula. Kalau gaul dengan coklat takut lagi bertambah manis. Sebab itu disyorkan untuk guna nestum di kedai bakeri yang jual. Sis beli pakej kecil dalam berat 250 gm harga dalam RM 3.40. 

Memang sedap tak terkata, tapi tak boleh simpan kat luar, letak dalam bekas dan simpan dalam peti tiap kali nak ambil dan makan sebab sedap makan time sejuk. Rangup lagi.  Time panas - panas macam ni coklat pun nak sejuk. Buat masa bulan puasa nak makan buat kudapan malam-malam pun sedap juga. Lagipun caranya amat mudah.

Resepi kat bawah dan terima kasih untuk Puan Masz Muhamad kerana berkongsi resepi coklat yang amat mudah. Gabungan nestum dan coklat memang masuk. Sis lebihkan 20gm untuk nestum, masih ok.

Boleh tonton video di bawah untuk nestum coklat bar. Mudah sahaja nak buatnya. Jemput subscribe channel sis ya.

Resepi Nestum Coklat Bar Hanya 2 Bahan Mudah Dan Sedap 

Bahan - Bahan 

Chocolate compound bar 250gm ( wani guna jenama Beryls )
Nestum 150gm ( wani guna 170gm  )

Cara - Cara 

1. Cairkan coklat. samada kaedah double boiler ataupun guna microwave saja pun boleh.
2. Dah cair, campurkan nestum dan kacau hingga rata.
3. Gunakan loyang 9 x 9 inci,alaskan dengan baking paper dan padatkan dalam loyang ( ikut resepi asal guna loyang 8 x 8 inci ).
4. Selepas padatkan, potong dulu baru simpan dalam peti sejuk.bila dah keras , boleh patahkan dan simpan dalam bekas.
5. Cara penyimpanan letak dalam peti bukan simpan di luar suhu bilik sebab tak berapa sedap.

NOTA

1. Kalau suka rasa kaya dengan coklat gunakan dark chocolate. kalau suka rasa lemak - lemak gunakan chocolate compound yang ada milk ( yang ni sebiji rasa macam kit kat ).


2. Nestum gunakan yang kosong boleh beli di kedai bakery. kalau nestum biasa tu ada gula nanti bila dah gaul lagi bertambah manis.


3. boleh juga kalau nak tambahkan kekacang tapi kena bakar dulu sebelum gaul untuk rasa lebih rangup.


Mudah tak, jom cuba buat resepi nestum bar mudah ini. 




1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post