KEK BUAH KUKUS SEDAP DAN SETIAP HARI ADALAH HARI IBU

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

panasnya ya Allah kadang-kadang sampai naik pening kepala. bersabar je lah..

semasa hari ibu baru-baru ini, ramainya orang pakat wish hari ibu dekat facebook. Siap tunjuk selfie dengan bonda, siap ada kek lagi, tambah pula siap bawa insan yang bergelar ibu makan-makan dekat restoran. Alhamdulillah syukurlah masih ada anak - anak yang menghargai ibu masing masing kan. Walaupun bukan setakat hari tu jer hari ibu tapi setiap hari adalah hari ibu. Tapi hari tu adalah extra special lah. 

Wani baca dan tengok jer status kawan - kawan semua. Tapi tak wish pun dekat fb, terfikir buat kawan - kawan yang masih tidak lagi bergelar ibu ataupun sudah ketiadaan ibu sudah tentu mereka terasa. Apabila tengok kawan kawan lain bersama ibu yang tersayang.. Tak apa ,kita sebagai anak ni mohon sedekahkan doa kepada ibu bukan sahaja ibu ayah pun termasuk lah juga dalam setiap sujud dan doa kita. Alhamdulilah, bonda wani masih ada di sisi. Semoga Allah merahmati ibuku dan jagakan dia untukku.

hari apa -apa pun sinonim dengan kek . kenapa ya.. asyik kek je..Kalau teringat kek kesukaan bonda, bonda wani memang gemar dengan kek buah kukus.. Dan kek sarang lebah, kek orang dulu - dulu yang dia minat. Buat macam mana moden sekalipun kek lain dia tak berapa suka.

Kalau buat 1 adunan tu memang cepat habis. Patutla kek buah kukus sekarang tengah hot sale ya.. Wani kukus dalam 3 jam. Lagi lama kukus lagi gelap warna kek yang tu la lagi bertambah sedap kek buah ni.diri sendiri dah la tak berapa suka kek buah bila masuk tekak orang lain laju macam pisang panas🤗.

Resepi ni wani pun dah banyak kali buat dan dah banyak jugak la ubah mana patut. Pernah wani terima satu email.nama dia Siti. Dia ucap terima kasih dekat wani sebab dengan resepi kek buah ni dia buat berniaga kecil - kecilan.. Dia bagi tahu kek buah kukus ni sedap. Terharu pulak wani.sedangkan wani pun ambil dari perkongsian resepi orang lain jugak. InsyaAllah, mudah - mudahan orang yang tak lokek ilmu dengan perkongsian resepi yang tak seberapa boleh buat untuk saham akhirat serta dapat membantu insan lain juga.

Tengok dekat popular post tu ya kalau nak resepi klik dekat situ.. Sampai sekarang, kek buah kukus ni masih rating tertinggi di blog wani lah hiii..resepi kat situ wani dah capai tahap kepuasan sebab ubah dari segi sukatan. Tapi yang penting kena kukus lama kalau nak betul - betul sedap. atau klik di KEK BUAH KUKUS SEDAP.. mana tahu dah habis rating dah kan..tak nampak la kat popular post tu.. 

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post