ASSALAMUALAIKUM....
Apabila dengar daerah - daerah lain dah mula turun hujan, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan juga di tempat lain, bumi Peringat masih lagi kering dengan bahang kepanasan.dalam hati bersungut kenapa hujan tak turun lagi. Kadang - kadang tengok awan gelap tapi hujan tak turun. Selepas pembenihan awan dilakukan dengan izin Allah hujan turun membasahi bumi Kelantan di setengah tempat sahaja. Tak ingat dah malam bila tapi minggu lepas, suasana tiba - tiba berangin, masa tu wani kat depan tv. Hujan turun tapi tak sampai 10 minit. Hati pun mengeluh lagi kenapa sekejap sahaja ya Allah.
Setelah hampir 3 bulan hujan tak turun, dengan cuaca kering, tanah pun berdebu. rasa dalam hati, setiap titisan hujan yang turun tu rasa nak kira.huuu.betapa nikmatnya hujan, tapi manusia selalu kufur akan nikmat Allah. Alhamdulillah ,sekarang ni dah 2 hari cuaca mendung, wani rasa macam dah lama sangat tak rasa suhu macam ni sejuk,badan pun tak berpeluh sangat, ingat dulu asyik berpeluh...musim panas yang lepas kuat betul minum berais..sudah terpaksa.. sebab panas sangat. Dah 2 hari cuaca mendung dan sejuk, terus tak minum..
Salam nisfu syaaban semua,, dah tak lama dah nak puasa, maafkan diri ini jika ada salah dan silap..nak hati tenang, maafkan semua orang.. Selamat malam ..
Post a Comment