BISKUT ICEBOX LEMON POPPY SEEDS

ASSALAMUALAIKUM...


Pageviews blog wani kalau time bulan puasa memang meningkat sama la seperti tahun lepas, tapi kasihan dekat pengunjung yang datang tak ada menu sangat time bulan puasa, minta maaf ya, sekarang ni memang time ni lah musim nak cari resepi, musim nak belajar memasak, kat facebook lagi la penuh dengan gambar makanan. Tak apa kalau ada yang berkenan dengan resepi kat dalam blog ni boleh la cuba buat. 

Mesti ramai yang tertunggu apa benda la entri sebelum ni ada wani sentuh asyik nak stay tuned jer kan, ada ke yang tertunggu takut syok seorang hii. Inilah cerita seterusnya, selepas barang selamat sampai ke tangan penerima, seisi photoshoot bermula. Hasil daripada photoshoot, dah jadi model ya biskut, lain terus nampak.wani hantar satu balang biskut dekat team kelab cinta ketuhar dalam bulan Mei yang lepas selepas diumumkan sebagai pemenang. Team KCK  ada cakap nanti nak upload untuk bulan 6 sebab contest pun untuk peraduan biskut raya buttercup.

Wani pun tak sangka sebenarnya terpilih sebagai pemenang, maklumlah amateur cook,im not a pro. Mula - mula tunggu jugak masa first puasa eh tak tayang pun lagi, tunggu punya tunggu team KCK dah upload hasil photoshoot masa 2 ramadan yang lepas,


Ini gambar yang wani ambil dan hantar dekat team kck, biasa - biasa sahaja tak la pro sangat nak ambil gambar, posing pun lebih kurang sama. Kena ada bukti yang kita guna produk buttercup. Bukti kat belakang hii.

Resepi ni ada guna lemon,masa tengah bakar dah bau aroma lemon seluruh dapur, dan bila kita gigit akan terasa kerangupan poppy seeds dan kulit lemon, sampai sekarang wani terbayang padahal dah habis pun. Wani nak share sikit tip yang penting semasa mengadun untuk buat biskut,berdasarkan pengalaman sebab pernah juga wani buat doh terlembik dan macam - macam lah dan kita pun janganlah panik sangat ada petuanya tu hii. Kat sini pun dah pernah post pasal tip penting dalam pembuatan biskut, boleh la search ya.wani nak cakap awal - awal sebab kebanyakan orang tak alert pasal ni.

Tip penting semasa mengadun doh biskut

1. Guna telur gred C untuk mengelakkan kandungan cecair terlalu banyak dalam adunan. 
2. Jika adunan terlalu lembik atau lembut, boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapatkan doh yang tak melekat di tangan 
3. Jika doh terlalu keras, tambah sedikit  mentega, kemudian uli sehingga menjadi lembut
4. Jangan terlebih pukul butter dan gula, cukup sekadar warna bertukar pucat
5. Doh biskut apabila simpan semalaman dalam peti tekstur biskut setelah dibakar akan lebih rangup 


Syukur sebab berpeluang untuk berkongsi resepi biskut untuk kelab cinta ketuhar, terima kasih team kck kerana pilih saya. Sesiapa yang belum ada idea boleh cuba resepi ini untuk hari raya nanti


BISKUT ICEBOX LEMON POPPY SEEDS

Bahan-bahan:
226 gram Buttercup 
1 cawan gula halus 
1 sudu besar jus lemon 
1/4 cawan poppy seeds atau biji kas kas 
Parutan kulit lemon dari 2 biji lemon  
1 sudu teh esen vanila 
2 cawan tepung gandum* 
1/2 cawan tepung jagung* 
1/2 sudu teh baking soda* 
1 biji telur  

Bahan bertanda * diayak 

Cara penyediaan:
1. Pukul Buttercup dan gula dengan senduk kayu sampai sebati, bertukar warna dan pucat. Tak perlu kembang

2. Masukkan telur, pukul sampai adunan sebati dan masukkan esen vanila,kulit lemon dan jus lemon. Kacau lagi sampai adunan mesra

3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan masukkan poppy seeds diselangi dengan baki tepung

4. Kacau adunan sehingga tepung dan poppy seeds sebati. Jangan terlebih kacau

5. Ambil separuh doh dan bentukkan secara memanjang di atas cling wrap dalam ketebalan diameter 1.5 inci.tutup doh dengan pembungkus plastik dengan kemas sambil gulung. Ulangi langkah yang sama untuk baki doh yang ada

6. Kemaskan kedua - dua hujung pembungkus plastik. Simpan dalam peti dalam beberapa jam atau semalaman sebelum dipotong

7. Keluarkan dari peti dan potong doh dengan pisau yang tajam dalam ketebalan 1/4 inci

8. Bakar dalam 20 minit pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing sehingga biskut keperangan

9. Keluarkan dari oven dan terus angkat letakkan atas redai untuk biskut kekal rangup 

TIPS PENTING
1. Potong dengan pisau yang tajam untuk mendapatkan potongan yang kemas dan cantik
2. Doh boleh disimpan dalam peti dalam tempoh 2 minggu sekiranya tak nak bakar lagi
3. Seeloknya potong sekali dengan pembungkus plastik untuk elak haba dari tangan menyentuh doh penyebab doh cepat lembut. Buang pembungkus plastik dari setiap kepingan biskut dan susun atas loyang yang telah digris





3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post