ASSALAMUALAIKUM....
Harap pembaca tak lah jemu wani asyik tayang American chocolate cake, mana tahu takut jemu dah.
Asyik tayang kek ni tandanya kek ni tersangat lah sedap pada tekak wani.
Tekstur kek sangat moist walaupun kek ini dibakar. Rasa macam kukus.yang ni hari ketiga baru wani potong, kek coklat makin banyak hari dalam peti makin moist.
Dan memang kena letak topping coklat, kalau tak letak topping macam rasa tak ada pulak .
Wani tak ingat dah bila buat tapi sekarang tinggal satu slice, makin sedap!
Kali ini terasa rajin nak tunjuk tutorial step by step kek paling simple ni.
Walaupun dalam resepi guna mixer tapi wani hanya pukul guna whisk sebab malas keluarkan mixer.
Dah tengok gambar semua tu kan, telur tu first wani pukul ringan sebab wani hanya guna pukul whisk, jadi kena pukul ringan dulu baru masukkan dalam mangkuk adunan bersama bahan seperti minyak sebab takut nanti nak pukul dengan whisk adunan mudah sebati.
Dah tengok gambar semua tu kan, telur tu first wani pukul ringan sebab wani hanya guna pukul whisk, jadi kena pukul ringan dulu baru masukkan dalam mangkuk adunan bersama bahan seperti minyak sebab takut nanti nak pukul dengan whisk adunan mudah sebati.
Kalau pecah telur sebiji - sebiji nanti tak rata
Jangan risau kek yang agak merekah lepas bakar hii..wani bakar sebelum ni 2 kali buat memang merekah bila kita dah telangkupkan atas pinggan dan siap tuang topping bila beberapa hari dalam peti ni.
Jangan risau kek yang agak merekah lepas bakar hii..wani bakar sebelum ni 2 kali buat memang merekah bila kita dah telangkupkan atas pinggan dan siap tuang topping bila beberapa hari dalam peti ni.
Tengok gambar macam wani dah potong kat atas tu, ternampak sangat moist tu kan.
Semua dah rata, tak nampak langsung kek tu sebenarnya merekah.
Wani tak trim pun kek tu nak bagi sekata bahagian bawah, rugi oitttt.
Bukan apa takut orang risau tengok merekah macam letusan gunung berapi.
Kek ni bila bermalam lama-lama dalam peti makin sedap
Resepi kek ni pun bukan jenis kena masak dulu coklat tu kan.
Resepi kek ni pun bukan jenis kena masak dulu coklat tu kan.
Itu yang best sikit tak remeh nak main masak atas dapur..
Ambil kelainan sikit, kalau yang dah bosan yang masak atas dapur tu kan.
Resepi Kek Coklat Moist Bakar Sukatan Cawan ( American Chocolate Cake )
Sumber: FIZA
Bahan A
2 Cawan Tepung Gandum
¾ cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
2 cawan gula kastor ( wani guna 1 3/4 cawan )
2 biji telur – Gred A
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
1 sudu teh Nescafe ( wani guna 2 sudu teh )
1 cawan air panas
Cara - Cara
1. Panaskan oven pada suhu 170’c dan lengserkan loyang bulat 9" dengan mentega dan lapik dengan kertas.
2. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.
3. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur.
4. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.
6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 45minit atau sehingga kek masak.
Ada berbagai resipi topping mudah untuk dicuba, tetapi untuk American Chocolate cake ini saya gunakan resipi topping ini.
Topping coklat ( masak secara double boiler ) untuk 1 biji kek ini doublekan resepi ini, tapi susu pekat dalam 3/4 cawan.kalau coklat terasa pekat tambah susu cair ikut suka
sumber: cikmatahariku
sumber: cikmatahariku
Resepi Topping Kek Coklat
Bahan - Bahan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter
Cara - Cara
1. Masakkan semua atas api kecil
2. kalau terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
3. kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur, biarkan suhu panas turun sikit
4. Siramkan atas kek bila dah sejuk
Resipi Coklat Ganache
Bahan-bahan
200gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis bancuh dengan air jadikan 100ml
1 sudu teh mentega
Cara - Cara
1. Gunakan kaedah double boiler, patah-patahkan coklat masakan dan masukkan kedalam periuk bersama bancuhan susu pekat.
2. Masak sehingga coklat cair dan padamkan api dapur.
3. Kacau coklat dan masukkan mentega.
4. Biarkan coklat sejuk dan bolehlah hiaskan diatas kek.
perghhh nampak sedap nya...dah la kita ni minat kek...
ReplyDeleteanak kit apun jadi minat kek..pantang nampak kek...
sedapnye...thanks fot the recipe....baru tahu rahsia merekah tu hilang...biasa bila merekah mmg xsronok...hehehe...
ReplyDeletesm resepi dgn yg sy guna mmg sedap. bezanya cuma sy tak guna susu segar, sy guna buttermilk n cara buat kek tu, saya putar semua sekali bahan kecuali air panas nescafe selama 60 saat. br masuk air nescafe panas. mmg sedap kan sbb rs coklat dia naik n tak ada rs pahit, letar, payau atau rs soda.hee
ReplyDeleteResepi lebih kurang sama tapi lain cara ,, asalkan rasa tetap maintain oklah tuh hii
DeletePost a Comment