BERHATI - HATI WAHAI PEMANDU KERETA

ASSALAMUALAIKUM...


Salam Jumaat semua...

Sebenarnya nak menceritakan satu kisah, kes sekarang kan macam - macam sampaikan manusia pun perangai pun macam - macam sebab itulah kes pun pelik - pelik sekarang ni. Mudah - mudahan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita walau apapun kisah yang kita dengar. Minta perkara yang tidak diingini pun tidak berlaku,, sebab itulah kena selalu berdoa, tawakkal tu iyalah memang kita kena tawakkal kena seiring dengan doa dan usaha.. Bonda pun selalu berpesan, mana - mana tak kira kita berada doa jangan putus,, penting!. Sampai terngiang - ngiang dekat telinga apa yang bonda wani bagi tahu.

Selalunya apabila dengar kisah macam ni, kita pun baru nak bersedia ambil langkah berjaga - jaga. Apa yang wani nak bagi tahu kisah kecurian kereta, motor ke kerap sangat berlaku kan, kawan adik wani ni perempuan, disebabkan lepas kemalangan dengan motor, mungkin agak terasa trauma, belilah kereta yang second hand bayar cash nak bawa ke tempat kerja...tapi itulah takdir Allah nak uji dia masa tu, kereta yang dimiliki dah lah bayar tunai, dicuri oleh orang yang tidak ada agama.. Kena panggil tak ada agamalah apa kes nak curi kereta yang bukan milik kita. Dah lah kejadian berlaku waktu siang hari, lagi pulak terkejut wani dengar ,,siang hari pun nak curi kereta, ingatkan kejadian berlaku malam hari.

kereta sepupu wani kena curi kat parking di hospital. Kisah tahun lepas.. macam tak masuk akal tapi itulah nak dijadikan cerita,, sebelah pagi tu suami sepupu wani pergi dekat tempat parking kereta ,, apasal kosong tempat park kereta dia ,,langsung tak tinggal jejak, nak pergi cari pun.. tak tahu ke mana dah..report polis pun tak boleh nak buat apa.tapi yang ni malam berlaku tu biasalah.

Terasa pelik juga, macam mana boleh  berjaya sedangkan parking pun tempat ada orang. teruk betul pencuri sekarang..entah lama pencuri perhatikan tuan kereta tak tahulah,, wani agak risau, kita ni apabila keluar rumah pergi ke mana-mana kena waspada dengan mata-mata liar yang sedang memandang kita.. lebih-lebih lagi orang perempuan, tapi tak kisah dah orang lelaki pun sama dah.. tapi harap yang perempuan khususnya kalau nak parking kereta pilih tempat yang ramai orang ada guard lagi bagus ,, tak kisah la bayar parking pun asal kereta pun selamat.. kalau pilih tempat parking yang tersorok, itu memang nak cari nahas.

Malaysia pun dah tak aman, kejadian tembak - menembak kerap sangat, rasa dah macam tinggal negara orang yang penuh dengan mafia huu.. Agak risau tengok keadaan Malaysia sekarang. Tembak - menembak tempat awam dah menjadi kebiasaan ,, dulu dah dengar dah kes, ni dengar pulak.oklah nak mengingat, kadang - kadang kecuaian kita pun menjadi asbab benda ni nak terjadi, mudah - mudahan Allah sentiasa melindungi kita dan semua insan yang kita sayang. 


2 Comments

  1. Begitulah bila agama selalu dipinggirkan melakukan perbuatan dosa tidak menjadi kudis buat pelakunya. Iman terlalu tipis. Akibatnya semua org hidup tidak tenang. Sentiasa diburu rasa bimbang...

    ReplyDelete
  2. wsau dengan jenayah sekarang ni....mungkin hdup sekarang terlalu mendesak smpai manusia hilang pertimbangan...setuju ngn kak zakie, kalau agama dpinggirkan, masalah akan timbul....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post