KEK BUAH KUKUS SEDAP RAYA

ASSALAMUALAIKUM..


Alhamdulillah hari Rabu ini umat islam akan menyambut hari raya aidifitri,esok dah puasa terakhir. wani tengok semua orang pakat dok share pengumuman rasmi dekat tv, mesti semua orang dah selamat sampai ke kampung,syukurlah ya bertemu mata jugak dengan mak abah, adik beradik dan saudara mara yang lain.dah esok nak sambut raya,dapur dah jadi tumpuan sebab nak masak, tentunya semua orang dah planning nak masak apa untuk juadah hari raya nanti. Wani rasa paling banyak masuk dapur, rasa macam cramp dah kaki. Tetapi disebabkan semangat nak siapkan jugak menu untuk hari raya nanti gigih la jugak.biskut pun ada buat sikit.

Kat sini wani nak share lagi sekali, sebelum ni pun dah banyak kali share dah, rasa ini resepi kek kukus buah yang sedap setakat ini.kalau sesiapa kebetulan nak buat walaupun esok pun dah nak raya, kalau cukup semua bahan apa salahnya buat, kek buah ni dah jadi tradisi musim raya jer mesti kena buat, lagipun tahan lama.kat popular post pun dah naik nombor satu, rajin rajinlah klik kat sana nak tengok resepi. Tapi wani dah olah yang tulisan warna merah dalam bracket.dah serasi dengan tekak.

Kebiasaan wani kukus mesti dalam 3 jam suku minit. Tak la sampai 4 jam, kalau lagi lama lagi sedap, lagipun kukus lama ni kek pun tahan lama dan makin sedap. Wani bukan penggemar kek buah sebenarnya tapi cukuplah dah ahli keluarga lain dan tetamu suka makan, kita pun seronok membuatnya kan. Gambar kat atas tu sebelum kukus dan yang kat bawah tu dah siap kukus...dah buat awal ni simpan dalam cling wrap dan letak dalam peti. Lusa boleh potong. Selamat mencuba..


Post a Comment

Previous Post Next Post