SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Salam semua

apa cerita  dah 4 syawal. Riang ria raya masih diteruskan dan wani Baru teringat dekat blog..blog pun cuti raya..kita bagi blog rehat jugak hii..  Meriah sungguh nampaknya beraya sampai tak ingat kat blog :D..Letih ooo dari malam raya sampai ke hari ini nak duduk sekejap pun tak boleh,nak patah pinggang rasa.. maklumlah raya kan sebulan nak raikan tetamu datang kita sebagai tuan rumah kena lah layan seeloknya. Sebut pasal raya ni ,mestilah pasal makan- makan. Yang nak buat makan - makan ni la ambil masa yang panjang sampai semput dibuatnya. Kek buah kukus dah buat awal 3 hari sebelum raya lagi tapi sempat potong hari raya ketiga..hii  Kek buah kukus tak apa lagi sedap lepas seminggu.. 

Meriahnya korang beraya yang sedondon baju , yang berfesyen bagai nak rak.. Sampai kan kucing pun beraya jugak  :D. Memang fabulous sungguh kan raya kali ini, apa salahnya meraikan kemenangan syawal setahun sekali.. Kita gembira setelah berjaya berpuasa sebulan, alhamdulillah syukurlah seadanya mampu untuk berpuasa sebulan masih ramai lagi di luar sana yang tak mampu untuk berpuasa.

Nak cakap panjang pasal aktiviti raya pun macam biasa lah selepas sembahyang raya balik rumah, baru pakai make up natural ya tak lah heavy make up ,, nak jugak berdandan di hari raya, nak bagi nampak cantik sikit muka hii ,,siapalah tak nak cantik, lepas tu baru berkumpul semua ahli keluarga Sukarno nak salam dengan bonda dan abah, masa ni memang air mata akan gugur, nak pohon kemaafan pada hari yang mulia ini tak sama dengan hari lain, wani menangis bonda pun menangis, dan adalah pesanan yang keluar dari abah wani jadinya ahli keluarga sukarno memang sayu semasa tempoh bersalam.

ada aktiviti bergambar satu family...posing sana posing sini kan,, dan lepas tu baru nak gerak pergi rumah mak saudara, di Kubang Kerian, sampai sana macam kosong je rumah , rupanya mereka sekeluarga dah pergi nak beraya dekat rumah mak mertua mak saudara wani tu,, nasib baik ada pak sedara datang tak adalah sunyi sangat ,boleh la berborak-borak,, ada anak dia sorang kat rumah,, lagipun atok wani yang uzur ada kat rumah mak saudara wani ni..

panjangnya pulak mencoret, kalau nak cerita panjang.. di kesempatan ini, wani dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .. kepada semua pembaca blog wani.. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. nanti lah entri lain akan menyusul.. 

Post a Comment

Previous Post Next Post