Resepi Tart Nenas Gulung Paling Gebu Dan Sedap | Salam semua, tart nenas biskut yang wajib terhidang atas meja setiap kali raya, kalau nak cakap betapa malasnya nak buat sebab banyak kerja kan nak boleh terhasilnya tart nenas. Dah la homemade. kalau tak buat sendiri jem nenas, beli kat kedai tak macam yang kita guna buah nenas sendiri. Memang buat sendiri lagi sedap, tapi ada pilihan kat kedai bakery pun ada jual filling nenas untuk tart nenas mudah jer sekarang ni.
Rasa sebelum ini pun tayang banyak kali, tapi setiap kali tengok resepi baru, rasa macam resepi ni pulak yang terbaik hii, gebu lepas tu cair di mulut. Sekali buat terus ok, resepi ini akan jadi resepi yang istimewa, lagipun sis rajin siap gentel bujur lagi filling nenas tu. Kemas sikit nampak bila gulung.
Tart nenas untuk resepi ini sangat gebu, lebih sesuai kalau nak letak dalam paper cup. Terima kasih buat pemilik resepi dah olah sikit. Jom lah cuba resepi tart nenas mudah ini.

Resepi ini kalau ikut pemilik asal cakap dapat 100 biji, sis buat boleh dalam 94 biji sedang elok dengan filling nenas sebab guna nenas 2 biji yang sederhana besar. Sis buat doh awal awal letak dalam cling wrap dan simpan dalam peti, kalau tak buat macam tu alamatnya sehari kat dapur tak siap.
Bila buat awal senang jer esok keluarkan awal biarkan doh lembut suhu bilik lepas tu dah boleh terap. Kalau rajin buat la awal doh tu.
Bila buat awal senang jer esok keluarkan awal biarkan doh lembut suhu bilik lepas tu dah boleh terap. Kalau rajin buat la awal doh tu.
Walaupun dalam beberapa hari lagi nak raya, kalau terlebih rajin boleh la buat tart nenas ni, paling sedap lah setakat ini. Terima kasih buat pemilik resepi. Sis cakap paling gebu sebab dah serasi dengan tekak, tak tahu la pulak orang lain macam mana. Kot anak tekak lain lain kan.
Tapi apapun resepi ni a keeper,tambah satu koleksi tart nenas, asyik main gulung jer bentuk lain bergantung kepada tahap kerajinan hii, maklumlah buat biskut ni perlukan kesabaran yang tinggi.
Tapi apapun resepi ni a keeper,tambah satu koleksi tart nenas, asyik main gulung jer bentuk lain bergantung kepada tahap kerajinan hii, maklumlah buat biskut ni perlukan kesabaran yang tinggi.
Tart nenas untuk resepi ini sangat gebu, lebih sesuai kalau nak letak dalam paper cup. Terima kasih buat pemilik resepi dah olah sikit. Jom lah cuba resepi tart nenas mudah ini.
Resepi Tart Nenas Gulung Paling Gebu Dan Sedap
Bahan - Bahan
250gm mentega
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar susu tepung
300gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
30gm gula icing
Secubit garam ( tak letak )
1 kuning telur
Jem nenas secukupnya
Kuning telur untuk hiasan ( sis campurkan dengan sedikit susu cair )
Cara - Cara
1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula icing dengan sudip kayu hingga sebati. Tak perlu kembang sangat.
2. Masukkan telur kuning, kacau lagi masukkan susu tepung dan garam.
3. Perlahan masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Perap 1 jam tutup denga tuala basah. (sis tak perap ya, sis simpan semalaman dalam peti sebab buat awa l)
4.Guna lah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur.
5. Bakar dengan suhu 150 C atau ikut suhu oven masing-masing dalam 25 minit atau sehingga kekuningan.
Baca sini : Resepi Cornflakes Madu Mudah ( Paling Senang )
Baca sini : Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Tanpa Telur
Baca sini : Resepi Biskut Nestum Rangup Ikut Sukatan Cawan
Suka juga tart nenas wani..
ReplyDeleteSelamat hari raya
Maaf zahir batin
Assalamualaikum, wah.. Nampak Sedap Tart akak.. Boleh guna tips untuk improve..
ReplyDeletehttp://www.mamalyndacookies.com/2017/03/resepi-tart-nenas.html
salam Blogwalking :)
@mamalynda
ReplyDeleteaah memang sedap yang ni ..lembut dan cair di mulut
Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDeletelama gila x makan tart
ReplyDeleteLama dah tak makan tart nenas
ReplyDeleteTerima kasih bg resepi tiap2 tahun buat sedap lemak gebu
ReplyDeletePost a Comment