ASSALAMUALAIKUM..
Pejam celik hari ni dah penghujung syawal. Nak ucapkan selamat hari raya untuk last syawal hari ini, takut ada lagi yang masih beraya.
Berita ni rasanya dalam 3 minggu lepas ke tak silap,,, kalau dengar berita yang jarang nak berlaku ni, kadang - kadang wani screen shot ingatkan nanti ada masa lapang boleh lah nak kongsi dekat blog.. Tapi itulah kekangan masa kan,, last sekali sampai hari ni baru boleh nak kongsi,, jarang wani dengar berita pasal pemanas air dalam bilik air dan ada yang maut.Bila dengar ni rasa macam seram sejuk sikit sebab kat rumah pun ada water heater,,,kalau dulu beberapa tahun lepas tak silap dah dengar dah pasal isu ni. Kejadian berlaku di Bukit Kiara, tapi pasangan Jepun serentak mati sekaligus,, sebab water heater jugak.yang suami mandi yang isteri nak tolong sebab terkena kejutan elektrik..wani dengar masa tu dah rasa nak ambil langkah - langkah berhati sebab bahaya ni karen dalam air, boleh bawa maut..tahun ni dengar balik lagi rasa meremang bulu roma,, huuu
Bukan apa, mungkin orang tak ambil langkah berjaga awal - awal. Kemalangan tu memanglah boleh berlaku di mana - mana sahaja, hatta dalam bilik air sekalipun, zaman sekarang tak macam dulu semua nak cepat, sekarang dah ada pemanas air, boleh dipasang dalam bilik air, tapi itulah main benda elektrik dalam bilik air, kita tak nak pasang, pagi - pagi sejuk nak mandi nak rasa nak mandian panas kan, tak pasang macam susah, aishh kita manusia ni tak habis macam - macam alasan.
Seingat wani masa nak pergi sekolah rendah dulu, bonda selalu rebus air ,,sebab pagi - pagi sejuk nak mandi air panas,, rebuslah air dalam periuk atas dapur, terima kasih bonda rasa menyusahkan bonda pulak masa budak - budak dulu :(..dah lah dia nak pergi kerja jugak..
Bila dengar berita ni wani ada bagi tahu abah wani siap berdiskusi pasal pemanas air, bukan apa kalau dah dengar benda berlaku macam ni baik bagi tahu semua yang lain sebagai langkah berjaga - jaga.. Wani kadang - kadang ada sekali sekala suis tak ingat tutup lepas guna, jadi abah tanya balik ada tutup ke dan soalan - soalan yang lain...bila dah berdiskusi macam tuh asyik teringat pulak setiap kali masuk bilik air huu..wani siap wassap tanya maksu wani tanya pasal pemanas air tuh, sebab dia pun ada pakai jugak dah la tinggal sorang2. Semua nak bagi peringatan dekat orang suruh berhati - hati
Brand yang wani pakai ni pun rasa dah 6 tahun jugak,, perasaan risau tu ada jugak sebab peralatan elektrik kan,, tak tahu la brand apa yang bagus,, ada orang kata panasonic..berhati - hati lah ya semua, wani ingat next time nak kongsi macam mana nak tahu pemanas air tu berfungsi elok ataupun tidak..
Kemalangan mana - mana pun memang kita tidak jangka. Tetapi kita kalau boleh nak memulakan sesuatu mulakanlah dengan bismillah.
kejadian2 mcm ni mmg xbleh nak jangka..better extra hati2..
ReplyDeletePost a Comment