Resepi Kek Kukus Karamel Nestum Mudah Dan Moist | Pelbagai resepi boleh dibuat dengan bijirin nestum. Bukan setakat untuk minum saja. Biskut dan kek juga sedap letak nestum. Kali ini nak kongsi resepi nestum kukus simple. Kek ini dikukus, hasilnya memang sangat lembut dan bau nestum. Yang istimewanya penyediaan kek nestum kukus ini ada buat untuk karamel.
Proses nak buat karamel ni macam panjang, macam nak buat untuk sira pun ada. Kalau sampai gula jadi macam kristal itu dah tahap nak sira macam buat popia sira ke, buat halwa ke, tapi sis ikut jer resepi tak apalah kita bereksperimen benda baru. Ia tak macam buat kek gula hangus tu.
Bila gula dah jadi macam kristal baru ia mula nak menjadi karamel sampailah warna keperangan. Kat situ tak nampak gambar tuang air, kita buat sorang ni tak ada siapa nak pegang phone.
Sekali tengok pun macam kek gula hangus tapi bukan ya. Jom tengok resepi kalau ada masa boleh lah cuba buat.
Cara Menyediakan Gula Hangus
Proses nak buat karamel ni macam panjang, macam nak buat untuk sira pun ada. Kalau sampai gula jadi macam kristal itu dah tahap nak sira macam buat popia sira ke, buat halwa ke, tapi sis ikut jer resepi tak apalah kita bereksperimen benda baru. Ia tak macam buat kek gula hangus tu.
Bila gula dah jadi macam kristal baru ia mula nak menjadi karamel sampailah warna keperangan. Kat situ tak nampak gambar tuang air, kita buat sorang ni tak ada siapa nak pegang phone.
Nampak gambar yang dah macam berbuih tu itu tanda dah letak air. Yang gambar akhir sekali untuk bahagian karamel ini, dah tuang susu cair, kemudian kacau.
Kalau boleh semasa gula letak atas dapur tak payah kacau, biarlah ia mendidih sampai nak jadi buih pekat, barulah kacau sikit.
Kalau main kacau selalu membuatkan gula lekat dekat senduk. Dalam gambar tu saja sis letak senduk kat dalam kuali.
Tutorial Bergambar Kek Nestum Kukus Karamel Mudah Dan Moist
Kesemua gambar bawah dari proses mengayak tepung sampai lah siap kukus. Sis terlupa nak kacau telur dalam karamel. Masa tengah ayak tepung tengok resepi balik baru teringat telur tak kacau lagi dalam karamel.
Karamel dah sejuk dah masa tu tapi tak apa letak telur dan esen vanila dan terus kacau sehingga sebati. Sis kukus guna dapur.
Karamel dah sejuk dah masa tu tapi tak apa letak telur dan esen vanila dan terus kacau sehingga sebati. Sis kukus guna dapur.
Tudung periuk kena tutup ya dengan kain macam dalam gambar tu baru lah air tak menitik. Tengok yang dah siap nampak licin permukaan atas. Tak ada lubang - lubang. Loyang pula saiz 8 inci.
Periuk mestilah kena panaskan dahulu sampai air mendidih baru letak loyang dalam tu. Di sini ada sedikit ubahan dari segi cara sebab sis guna hanya 3 sudu besar mentega tak sukat ikut gram ke dalam gula hangus yang telah dicairkan.
Macam leceh pulak nak ikut resepi dia. Sebab malas nak cemarkan bekas lain sebenarnya. Siapa nak ikut ikut lah, siapa tak nak boleh ikut resepi asal.
Tapi keknya sangat lembut juga.
Resepi Kek Nestum Kukus Karamel Mudah Dan Moist
Rasa kek lembap dan lembut ini lebih sedap dengan campuran karamel. Buat peminat nestum, jom cuba buat kek nestum kukus simple.
Bahan A
Bahan-bahan kering:
175 g tepung
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
50 g NESTUM® All Family Cereal Original
Bahan B
Bahan Karamel:
200 g gula pasir halus
75 ml air
125 ml air
100 ml susu cair
100 g mentega, cair ( 3 sudu besar guna sudu makan )
2 biji telur, dipukul
1/2 sudu teh ekstrak vanila
Cara - Cara
Langkah 1
Alas tin kek bulat atau segi empat (anggaran 20 sm melintang) dengan kertas pembakar. Ketepikan. Ayak tepung dan soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan. Masukkan garam dan NESTUM®. Kacau, ketepikan.
Langkah 2
Masukkan (200g) gula dan (75ml) air di dalam pan saiz sederhana. Masak sehingga gula cair. Terus didihkan sehingga gula menjadi karamel dan berwarna perang lembut. Tambah (125ml) air, didihkan. Perlahankan api, reneh selama 10 minit atau sehingga karamel benar-benar cair. Tuang adunan ke dalam jag ukur, lihat sama ada mencapai jumlah 250ml, jika kurang tambah air.
Langkah 3
Tuang susu cair dan mentega cair ke dalam karamel. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan pula telur dan vanila.
Langkah 4
Buatkan seperti lubang di tengah-tengah bahan kering. Tuang adunan cecair ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga bater tidak berbintil. Tuang bater ke dalam tin yang sudah dialas. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Jangan buka penutup untuk mengelak suhu di dalam pengukus jatuh.
Langkah 5
Selepas 45 minit, tengok sama ada kek masak atau belum dengan cara mencucuk di bahagian tengah. Jika masak, pencucuk akan bersih, jika melekat, terus kukus selama 10 minit lagi. Sejukkan kek sebelum potong.
Kredit Resepi : nestum.com.my
Ahhhh sukanyaa nanti nak buat!! Thank you share resepi ye
ReplyDeletePost a Comment