ASSALAMUALAIKUM...
Baru nak cerita, semalam tak ada entri.
Orang dulu - dulu kalau setiap kali ada kenduri satu kampung meriah kan, saling bergotong - royong nak meriahkan majlis. Alhamdulillah kalau tengok sekarang amalan tersebut masih diamalkan. Cuma sekarang ni dah ada pilihan sama ada nak tempahan catering ataupun masak sendiri,, kalau kat Kelantan kita dah panggil ' bekwoh '.
Kerja besar dah ni bila melibatkan ramai orang nak makan.kalau ada budget lebih boleh la buat tempahan catering kan, kita pun tak fikir banyak , kita serahkan pada yang pakar, otak pun tak serabut fikir nak buat menu apa. Tapi kalau yang lebih mementingkan keakraban dan kemuafakatan satu keluarga besar apatah lagi dengan penduduk kampung, sudah tentu ' bekwoh ' lah pilihan yang terakhir. Banyak hikmah di sebalik ' bekwoh ' ni.
Kalau perasan menu untuk tempahan catering dan ' bekwoh ' sendiri dah lain dah.. Kalau wani la,, kalau sebut tempat majlis tu ada " bekwoh " sudah tentu menu - menu utama seperti gulai kawah, ' kerabu sare ', menu wajib ada sebenar tu, walaupun ada pelbagai pilihan menu lain, baru - baru ini pun pergi makan kenduri, ada gulai kawah sebab satu ekor lembu ditumbangkan hii..
Kalau Gulai kawah yang betul - betul ada letak buah ara sungai ataupun pisang putik ataupun "mumbe nyiur ".Ada juga orang letak umbuk kelapa. Campur lah dengan tulang temulang semua tulah yang naik rasa sedap.
Biasanya ramai orang letak mumbe nyiur, buah ara sungai susah nak jumpa sekarang ni mungkin agak susah sebab nak cari buah ni tumbuh kat tepi sungai tambah lagi buah ni bermusim. Wani sendiri pun terasa macam lama sangat dah tak makan
Nak ambil " mumbe nyiur " kena berhati - hati sangat ia tak boleh terjatuh atas tanah , kena bawa turun dengan tali perlahan - lahan. Kalau ia pecah dan retak mumbe nyiur akan jadi hitam, sebab dah terdedah kepada udara..macam ada pengalaman pulak cakap macam tu kan haaa.. Sebenarnya bonda wani yang bagi tahu, takkan la kita pulak nak pergi panjat pokok kelapa, pernah tengok monyet ambil kelapa ada la
Bukan senang nak buat gulai kawah, tapi apabila semangat kemuafakatan dan bergotong - royong membuatkan kerja menjadi mudah
Dalam pinggan tu antara menu hari kenduri, ada gulai kawah, kerabu sare, ikan kering, sambal belacan ,pajeri nenas tak ada dalam gambar dan ayam masak pedas... Kerabu sare sangat jarang orang nak buat, sebab susah nak dapat kerabu sare ni kena pergi pasaran gelap baru ada hiii..kemain istilah pasaran gelap, tapi kalau bulan puasa banyak sangat orang jual kerabu sare yang dah siap digaul....
Begitulah serba sedikit cerita kalau bercakap pasal keunikan gulai kawah ni. Tak boleh nak banding dengan tempahan catering
Kerabu sare, buah ara semua tu kakak tak tahulah Wani
ReplyDeleteMungkin sebutan lain. Macam Wani sebut mumbe tu kakak rasa kalau Johor panggil umbut kelapa agaknya. Apa pun memang sedap gulai kawah, kakak pun suka:)
sedapnya!kt sini dh jrg org buat bekwoh..haha kecek kelate plop.kbnykn prefer katering dh.
ReplyDeletememeyyyyy... mek stuju benar nahhh
ReplyDeletesetujuuuu
ReplyDeletepergh.. memang sedap tu.. kombinasi lauk yang menyelerakan.. betul tu nk dpt lauk gini hanya dapat bila buat gotong royong je. law katering mcm susah nak jumpa..
ReplyDeletedah lama tak rasa lauk macam ni kat kenduri.
ReplyDeletesekarang ramai yg guna khidmat katering, jadi lauk yg dihidangkan pon agak simple.
Lain tempat lain menunya. Tapi kenduri sekarang dah banyak guna katering.
ReplyDeleteDh kurang orang nak 'rewang' lagi.
Post a Comment