Cara Betul Buat Ekstrak / Pes Pandan Mudah | Makin lama makin suka kalau buat sesuatu yang mula dari bawah ni. Dah macam homemade ekstrak pandan ni, sebelum ni memang Wani tak tahu pun macam mana cara yang betul nak buat homemade pes daun pandan, setakat kisar halus tapi letak air banyak, rupanya kena guna daun pandan yang banyak untuk menghasilkan pati pandan ni ya, nasib baik kat rumah ada ladang daun pandan.
Rujuk gambar dibawah. Ini air daun pandan yang telah diblend halus, masih warna hijau tua pekat. Dalam beberapa jam akan nampak macam satu lapisan bergenang kat bawah yang tulah klorofil pandan, tapi air masih keruh sebab tak semua turun lagi.
Lepas tu simpan lah semalaman dalam peti nak bagi dapatkan lapisan hijau tua pekat seperti gambar yang terakhir. Senang je kan, cubalah buat.
Cara Betul Buat Ekstrak / Pes Pandan Yang Mudah
Bahan - Bahan
18 helai daun pandan
2 1/2 cawan air bertapis atau air masak
Cara - Cara
1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar atau halus. Ikut macam mana suka. kalau macam wani potong macam gambar kat atas.kasar-kasar sikit nampak. Kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan.
2. Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air.
3. Kisar sehingga halus.
4. Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi.
5. kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman.
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah, yang tu lah kita nak guna.
7. Ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang.
8. Akhirnya ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan.
Cara Penyimpanan Pes Pandan
1. Pati pandan disimpan dalam peti bawah. Tempoh penyimpanan pati pandan ni paling lama Wani simpan dalam masa sebulan, bau masih ok tak ada masalah. Kalau letak dalam peti beku pun ok jugak cuma tekstur pes pandan dah jadi pecah - pecah.
2. Simpan semalaman dalam peti dan nampak dan 2 lapisan terjadi, tapi kalau nak lama sikit simpan 3 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu.
Nota :
Nak buat ekstrak atau pati pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu. Macam wani dah terbiasa buat. Kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa, tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula.
Diharapkan cara buat pes pandan dengan betul ini dapat membantu korang bagi sesiapa yang nak buat pes pandan sendiri.
Senang sebenarnya nak buat. Kiranya nak dapatkan pes pandan ni dalam masa yang sama kita dapat juga esen pandan. Lapisan pertama atas tu dan macam bau esen pandan.
Selamat mencuba ! bebas kimia dan asli dari daun pandan.
Korang boleh tonton video di bawah ya kalau nak nampak lagi jelas.
Artikel yang lain :
1. Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah
2. Cara Buat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya 5 Bahan
3. Buat Sendiri Sos Blackpepper Di Rumah Dan Jimat Bajet
Gambar kat atas tu pandan yang dah diekstrakkan, nampak hijau pekat tu kan. Yang jernih tu air lapisan atas. Selepas simpan semalaman akan nampak 2 lapisan.
Wani nak tunjuk langkah demi langkah. Bulan puasa lepas pun dah buat sebab senang nak simpan buat kuih - muih yang nak guna daun pandan ni lagipun perasa asli ya tak ada langsung bahan kimia.
Inilah yang kita nak dan seeloknya nak guna air ni guna air bertapis atau masak, lagipun ekstrak pandan ni nak simpan lama dalam peti.
Rujuk gambar di bawah
Lepas tu simpan lah semalaman dalam peti nak bagi dapatkan lapisan hijau tua pekat seperti gambar yang terakhir. Senang je kan, cubalah buat.
Cara Betul Buat Ekstrak / Pes Pandan Yang Mudah
Bahan - Bahan
18 helai daun pandan
2 1/2 cawan air bertapis atau air masak
Cara - Cara
1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar atau halus. Ikut macam mana suka. kalau macam wani potong macam gambar kat atas.kasar-kasar sikit nampak. Kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan.
2. Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air.
3. Kisar sehingga halus.
4. Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi.
5. kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman.
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah, yang tu lah kita nak guna.
7. Ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang.
8. Akhirnya ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan.
Cara Penyimpanan Pes Pandan
1. Pati pandan disimpan dalam peti bawah. Tempoh penyimpanan pati pandan ni paling lama Wani simpan dalam masa sebulan, bau masih ok tak ada masalah. Kalau letak dalam peti beku pun ok jugak cuma tekstur pes pandan dah jadi pecah - pecah.
2. Simpan semalaman dalam peti dan nampak dan 2 lapisan terjadi, tapi kalau nak lama sikit simpan 3 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu.
Nota :
Nak buat ekstrak atau pati pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu. Macam wani dah terbiasa buat. Kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa, tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula.
Diharapkan cara buat pes pandan dengan betul ini dapat membantu korang bagi sesiapa yang nak buat pes pandan sendiri.
Senang sebenarnya nak buat. Kiranya nak dapatkan pes pandan ni dalam masa yang sama kita dapat juga esen pandan. Lapisan pertama atas tu dan macam bau esen pandan.
Selamat mencuba ! bebas kimia dan asli dari daun pandan.
Korang boleh tonton video di bawah ya kalau nak nampak lagi jelas.
1. Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah
2. Cara Buat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya 5 Bahan
3. Buat Sendiri Sos Blackpepper Di Rumah Dan Jimat Bajet
jadi guna yang paling bawah la...yang atas buang?
ReplyDeletebagus satu ilmu baru mengenai ekstrak daun pandan
kalau tak buang lagi bagus boleh ganti air nak adun tepung ,,bau macam esen pandan dah ni
DeleteRindu nk buat onde onde.
ReplyDeletei love the smell.. wangi.. ^_^
ReplyDeleteTerima kasih Wani atas perkongsian ini.. Errmmmm...harumnya bau pandan... Wangi satu rumah
ReplyDeleteDapat buat pes pandan ni kalau nak buat kuih mahupun kek mesti lagi wangii kan aromanya
ReplyDeleteakak mmg guna jus dari daun pandan jer utk buat kuih sbb wangi dan asli...bau dia je pun dah bangkitkan selera hehe
ReplyDeleteray x penah buat tp penah tgk org buat
ReplyDeletePost a Comment