Cara Buat Kek Batik Nestum Mudah Tanpa Telur

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua ,, masih mood raya lagi kan, kali ini wani nak share resepi kek batik nestum,, dah lama buat ni sebelum raya lagi..

lama rasanya tak buat kek batik, dah macam-macam dah wani buat versi kek batik dalam blog pun dah macam-macam post dah. tapi yang paling wani suka bila melibatkan kek batik ni,, wani suka yang tak letak telur.

kali ini ada langkah demi langkah... asyik langkah demi langkah jer,, hiii. sebelum ni langkah demi langkah juga... dah ada post sebelum  ni. tapi tak apa pos sekali lagi kan, kek batik ni kelainan sikit sebab guna coklat masakan campur dengan serbuk koko..lagi bertambah sedap..dan satu lagi kelainan sebab ada nestum.. mesti semua orang suka nestum kan.. nestum yang diguna bukan dari kedai bakeri.. ya wani guna nestum yang ada jenama buat minum tu..

bahagian paling penting kat sini,, adunan coklat tu kena kacau sampai pekat, baru boleh masukkan biskut marie.

rujuk gambar di bawah . antara semua bahan yang digunakan..  tak ada gambar gula pasir.  gula pasir ni terpulang nak letak ke tak ,, sebab coklat compund tu pun dah manis, biskut pun dah manis ...tapi wani ada letak guna 2 sudu teh, walaupun dalam resepi sebut dalam 1 sudu besar





Rujuk gambar di bawah, ini tip yang wani buat sebab tak nak bagi melekat, kalau tak habis lah kat sudip melekat- lekat masa nak tekan tu. hancur sikit nampak biskut.. minta maaf lah ya.. ni kes sebab nak ambil gambar la punya pasal, kejap snap kejap snap ,,sampai lebur biskut dibuatnya haaaa. tapi apapun masuk perut sedap jugak ya ,,maklumlah bercoklat ni kan. siapa la nak tolak.. bonda wani yang tak suka bercoklat pun ,,masuk mulut dibuatnya.bonda ingatkan ada guna susu pekat manis, wani bagi tahu hanya masukkan susu cair sahaja.

kali ini padatkan dalam bekas tak guna loyang dah.yang penting kena tekan kuat- kuat biar padat dan padat hiii



Cara Buat Kek Batik Nestum Mudah Tanpa Telur 


Bahan - Bahan 
300gm coklat compound
400gm biskut marie HWA TAI ( biskut brand ni sedap )
1/2 cawan serbuk koko ( lagi berkualiti lagi sedap )
1 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar butter ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum

Cara - Cara 
1. Biskut marie dipatah dua.
2.satukan coklat compound, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.
3. kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
4. masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu.
5. kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata.
6. tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya .tak nak nestum  digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7. tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 " yang telah dialaskan dengan cling wrap ..ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong.cara nak padatkan boleh rujuk gambar.

NOTA:


guna loyang empat segi  8 x 8 "

lepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.

tip untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah bila nak tekan tu asyik melekat


lepas keluarkan dari peti potong terus nak bagi potongan kemas.seeloknya guna pisau tajam 

1 Comments

  1. Singgah sini.. follow wanie.. Wahh banyaknyeeee resepi sini.. Boleh lea cuba nnti... Terbaikk..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post