TIPS DAN PETUA - PETUA DI DAPUR

ASSALAMUALAIKUM....


Di dapur bukan sahaja tempat untuk kita berkarya tentang masakan, malah tempat untuk kita menimba ilmu juga. walaupun berada di ceruk dapur sekalipun, kena tuntut ilmu juga bab dapur terutamanya sekali mengenai petua - petua apabila berada di dapur, ini dah macam nak bereksperimen la jugak kan, petua untuk memudahkan kita nak buat kerja di dapur, apatah lagi zaman sekarang kalau tak tahu bab - bab ini semua, alamatnya, kita memang akan stress setiap kali masuk dapur, ingat tak stress ke masuk dapur,, stress jugak oittt, walaupun kadang - kadang orang cakap bila memasak ini satu terapi,, ya memang betul satu terapi. Tapi kadang - kadang stress jugak haaa.. Harap - harap faham lah. 

Sebenarnya petua ni akan memudahkan kerja kita dan kita pun akan rasa puas hati bila memasak dan rasa sungguh yakin bila ke dapur, bajet macam dah selalu buat petua - petua ni semua hiii tapi ada setengah wani tak buat pun terutamanya bab ikan tetap segar tu. Tak pernah lah tak dicuci sebelum masuk peti ais.. Selalu dicuci jer.. Yang nombor 8 tu selalu buat. Jangan basuh ya bawang tu cepat buruk. 

Oklah jom baca wani dapat ni dari perkongsian Chef Obie, nak kongsi - kongsi la dekat sini 

Petua-Petua Di Dapur

1. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan
dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis
atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan
terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika
hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh
subur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak
pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.
Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal
tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30
minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama
sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama
Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dan
sejukkan.

KREDIT: HAJAH NORAINI

6 Comments

  1. oo begitu.. bagus juga petua ni.. thanks for share yer.. :)

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Petua2 yang perlu dipelajari oleh pemuda2

    ReplyDelete
  3. nice info waniey :) bnyk nye mek tk tahuuu

    ReplyDelete
  4. nombor 1 & 5 tu memang slalu buat.
    yg lain tu first time baca ^_^

    ReplyDelete
  5. thnks 4 sharing kak..stu pun x prnh buat >.<

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post