BUNGKUSAN KUIH BULAN BARU SAMPAI

ASSALAMUALAIKUM...


Biasa hujung minggu macam ni sangat perlahan orang update blog.. ni sekali buka tengok berdesup asyik update blog jer kalian semua .. hii..

rezeki pada 1 Oktober, baru sampai walaupun diri sendiri yang buat order hii , tak apalah, bersabar menunggu, bila sampai ni dah satu rezeki, rezeki, sebab sabar menunggu, barang pun sampai dalam keadaan selamat..rezeki jugak la tu..  harap- harap lebih banyak rezeki yang menyusul.. setelah sebulan lebih wani order, baru sampai barang. disebabkan tempahan terlalu banyak sehingga melebihi kuota dah lah buat sendiri , air tangan sendiri, harga yang berpatutan .. patutlah tak menang tangan Puan Nur Haslinda Chua menyiapkan tempahan ..berkat air tangan sendiri.. syukurlah .bayangkan nak siapkan tempahan dalam 800 lebih biji kuih bulan, buat dah seorang diri tak pakai staff..semasa wani order dapat batch yang keempat ,,itu yang lambat post sebab kena batch yang terakhir.

kuih bulan ni bukan wani tak boleh buat, wani pun ada cuba buat tapi kuih bulan yang "round mooncake" . itu pun first trial,, nak kena ada latih tubi baru betul-betul nak menjadi moon cake ni...ada 2 jenis kuih bulan .. yang kena tekan dengan acuan dan yang buat bulat-bulat tak guna acuan.. wani order dengan Puan Nur Haslinda sebab kuih bulan yang beliau jual sangat berpatutan dalam harga Rm 4 lebih sebiji.. kalau ada egg yolk tu mahal sikit.. tak apalah cubalah makan yang orang buat dulu kot selepas ni ada angin nak buat sendiri manalah tahu.. sebab kedua yang malas nak buat mooncake ni, kalau tengok resepi banyak main masuk keluar oven banyak kali.. kalau nak betul-betul menjadi pembakaran yang sempurna .. itulah asyik terfikir - fikir nak buat ke tak .. banyak kerja macam leceh, macam-macam alasan haaa

terlebih bercerita , nanti lah wani nak buat food review untuk entri lain hari..  hari ini tengok bungkusan. nanti nak potong tengok, sebab testimoni customer cakap sangat sedap.. terima kasih Puan Nur Haslinda Chua.


5 Comments

  1. Aa. Nnt up entry isi pulak ye :) tk sbr nk tgk :)

    ReplyDelete
  2. sila buat review ye wani. coz saya tak pernah rasa kuih bulan ni macam mane.
    mana tahu kot2 nanti berubah hati. hihi.

    ReplyDelete
  3. Dri dulu rsa cam nk mkn x kesmpaian LG.. Hoho.. Salam maal hijrah kak!

    ReplyDelete
  4. wahhh.. tentu sedap tu...

    pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post