Cara Buat Daging Jeruk Sendiri Mudah Hanya 2 Bahan | Daging jeruk lemon ni rasanya viral beberapa tahun dulu, sejak dari viral tu sis pun ada cubalah, kadang - kadang guna lemon, kadang - kadang guna limau nipis, ikut keadaan yang ada, tapi paling sedap kena guna lemon, bau tu dah lain, dah lah sis memang suka kalau resepi tu nak masuk guna lemon.
Kalau beli lemon memang tak akan membazir, kalau nak buat kek yang kena parut kulit limau memang akan parut lah, lemon mahal nak banding dengan limau lain kan. Tapi aromanya tu yang naik sedap.
Oklah kali ini nak share daging jeruk lemon, letak lemon terus baru orang akan faham. Tapi kalau tak ada lemon, boleh nak ganti dengan limau lain.
Daging ni bukannya boleh makan setiap hari kena rancang jugak la diet kan, tambah lagi daging ni kalau nak hadam dalam perut ambil masa seminggu.kalau nak guna garam yang lebih elok guna lah garam bukit.
Wani goreng dengan bawang jer daging jeruk, letak lada burung ke lada merah hiris ke, nanti nak tunjuk entri yang seterusnya, kalau orang yang jenis tak lalu makan memang inilah menunya sebab simple makan dengan nasi panas.
Cara Buat Daging Jeruk Sendiri Mudah Hanya 2 Bahan
Bahan - Bahan
1 kg daging
2 biji lemon / limau nipis / limau kasturi
Garam atau garam bukit secukupnya
Cara - Cara
1. Daging dipotong nipis nak nampak cantik potongan, potong semasa tengah separa beku.
2. Lemon perah dalam bekas lain, ambil jusnya sahaja.
3. Letak daging dalam bekas, letak garam,agak - agak ya jangan banyak sangat.
4. Tuangkan jus lemon tadi ke atas daging dan gaul sebati.
5. Potong beberapa hirisan lemon letak macam dalam gambar tu, lagi harum baunya.
6. Letak sekejap kat luar baru boleh simpan dalam peti dingin bukan peti beku ya.
7. Setelah semalaman boleh lah nak goreng ikut selera.
Nota
Daging jeruk boleh bertahan sehingga 3 bulan dalam peti.
Gitu ye ? Mek tk prnh mkn --'
ReplyDeleteBetullah aroma lemon itulah yg menaikan bau dan rasa sedap masa menikmati hidangannya. Kakak pun suka. Bakar letak bawang putih, halia, black pepper dan madu pun sedap Wani
ReplyDelete@Kakzakie Purvit wah nampak menyelerakan bakar macam tu ,, x pernah bakar asyik goreng jer
ReplyDelete@ayunie ramli kena buat mek sebab sedap sangat ni
ReplyDeletebusyra tak pernah mkn lagi mcm ni. tq ye bg resepi
ReplyDeleteUih kena try ni...mcm sedap je
ReplyDeleteGambar ni memang berjaya buat perut saya berkeroncong lagu dangdut.. Huhu.
ReplyDeletePost a Comment