JOM JADI ORANG BAIK - BAIK

ASSALAMUALAIKUM...



gambar kredit dari google.. Sebenarnya hajat nak join segmen bloglist sebab telah dijemput oleh sahabat blogger ,, klik je kat blog nak join tengok syarat kena follow blog , tapi langsung wani tak nampak button "follow" ,scroll up and down tak ada pulak.. ok tak apalah lain kali kita cuba .. dah malam ni mata ngantuk ... sebelum tidur, nak pesan kepada semua  jom kita jadi orang baik - baik. siapa yang tak nak jadi baik, semua orang nak jadi baik... tapi nak boleh jadi baik tu sungguh penuh cabaran dan dugaan ,, walaupun diri sendiri jadi pengorbanan.. . pesanan ni wani ambil dari facebook.. ramai perkongsian yang baik - baik ..

~ SAHABATKU YANG TERSAYANG ~

KENAPA ORANG BAIK SERING DISAKITI?
Kerana Orang Baik Selalu Mendahulukan Orang  Lain. Itulah Baginya Kebahagiaan.

KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?
Kerana Orang Baik Selalu Memandang Orang Lain Tulus Seperti Dirinya.Tak Pandai Berprasangka Buruk. Dia Percaya Orang Takkan Tergamak Menganiayanya.

KENAPA ORANG BAIK SERING DI HINA?
Kerana Orang Baik Tak Pernah DiBeri Kesempatan Membela Dirinya. Ia Hanya Menerima, Miski Bukan ia Yang Memulai Perkara.

KENAPA ORANG BAIK SERING MENANGIS?
Kerana Orang Baik Tidak Ingin Membuat Orang Lain Juga Dalam Kesedihan. Dia Dah Biasa Mengubati Sendiri Lukanya, Dan Percaya Bahawa Suatu Masa Allah Akan Mengganti Kesedihannya Jadi Kebahagiaan.

TAPI,
KENAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA?
Kerana Orang Baik Selalu Memandang Bahawa Di Atas Semua Itu,Allah lah Yang Menyimpan Rahsia Terbaik Untuknya.

KENAPA ORANG BAIK SERING DIAM BILA DIPERSALAHKAN?
Kerana Orang Baik Tidak Mahu Berhujah Dan Berdebat Dengan Orang Yang Sememangnya Berniat Untuk Menyalahkannya Dan Sebetulnya Dia Tahu Orang Yang Mengajaknya Berhujah Adalah Orang Yang Mahu Menang.

Wahai Saudaraku...
Menjadi Orang Baik Tidak Menjanjikan Kalian Sentiasa Baik-Baik Tapi Menjadi Orang Baik Sentiasa Di Pandang Allah Dan Allah Sentiasa Memberikan Syurga Dunia Padamu Iaitu Sebuah Ketenangan Di Sudut Hatimu.

Allahuakhbar...

6 Comments

  1. Insha Allah... Sama2 kita menjadi seorang yang baik.. =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah :) try jadi baik dlu, klau org buat jht jgk, suka ht dia. Yg pnting kita wangi :)

    ReplyDelete
  3. jadi orang baik.. banyak dugaannya...

    tahniah ya... http://www.mialiana.com/2016/10/pemenang-bertuah-segmen-nak-url-blog-26.html

    blog ni dah dimasukkan ke bloglist mia..

    ReplyDelete
  4. Kena jadi orang baik yang smart.

    ReplyDelete
  5. sdg bertbh utk mnjd org yg baik T_T

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post