PESANAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

ASSALAMUALAIKUM.....


Sesiapa yang tersentap, memang sentap, ambil dari perkongsian facebook..sama - samalah bermuhasabah diri.kepada bakal pengantin sila baca,  SALAM MAAL HIJRAH 1438. Semoga penghijrahan kali ini lebih baik ke jalan yang diredhai Nya

Tajuk: Pengantin sekarang ramai tak solat

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri

Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap stlh hampir jam 1 tengahari

Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan

Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri

Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan

Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi

Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa malu melayan tetamu

Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH...😂💞

3 Comments

  1. Allahuu, mek dulu trima kunjungan lepas zhor. Elok azan zhor smyg trus. Alhamdulillah. Asar tu pn mintk diri dgn tamu, kejap je 5min. Tp blu mata cabut habes dh la :) ape nk kesah, dh petang. Hihi

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Mudah2an menjadi peringatan kepada bakal pengantin.
    Juga untuk mak dan bapak pengantin.

    ReplyDelete
  3. Bab mekap tu, memang betul pon. Nasib baik, perkahwinan saya takde outdoor session. Kalau tak lagi haru nak kena maintainkan mekap sampai petang.

    Lagi haru bila dimekap punyalah tebal, tak macam yg kita minta. Sampai sekarang rasa menyampah tengok gambar kahwin sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post