ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah, semalam berkesempatan juga melihat kebesaran Allah, wani pun di antara berbillion billion manusia yang dapat menyaksikan fenomena "supermoon"semalam.. pada waktu maghrib tu ingat dah tak nampak dah sebab awan nampak macam mendung.. dah terdetik dalam hati mungkin tak dapat la nak tengok dah 18 tahun sekali, 18 tahun lepas tahun 1948, 18 tahun kemudian tak tahu lah boleh tengok lagi ke tak..lama tu jarak..
Selepas sembahyang maghrib dalam nak dekat pukul 8 lebih, selak langsir bilik tengok luar nampak cerah, bilik dah memang mengadap sinaran bulan kalau setiap kali bulan cerah, kadang - kadang wani perhatikan dalam bilik jer melihat kebesaran Allah,,sungguh takjub
Usai sembahyang isyak tu, dalam pukul 9 lebih sikit wani keluar nak tengok luar rumah.. cerah malam tu, sampai laluan awan kapal terbang pun nampak, inilah yang sempat ambil, subhanAllah, cantik.. berpeluang juga tengok sebab ada kat tempat lain tak dapat nak tengok.. kalau guna kamera canggih lagi cantik gambar.. inilah yang termampu
Buatlah kenangan kat sini, lagipun kena tunggu 18 tahun akan datang fenomena "supermoon" akan muncul.. canggih sungguh sekarang sampai boleh tahu bila fenomena ini akan berlaku,, kalau yang minat dengan astronomi, memang tak akan lepaskan peluang untuk melihat "supermoon". Kalau yang kita Islam ni masa ni lah bersyukur atas nikmat dan kurniaan yang diberi oleh Allah.. semuanya nak suruh kita menjadi manusia yang " ulul albab" iaitu orang - orang yang berfikir..
alhamdulillah dapat jugak tgk :)
ReplyDeleteKat tempat pakcik supermoon tak keluar.
ReplyDeleteMalu agaknye sebab ujan aje.
cantik wani! terang.
ReplyDeletealhamdulillah dpt tgk jgk..seyes subhanallah cntik sgt..syg kamera x cntekk T_T
ReplyDeletePost a Comment