ASSALAMUALAIKUM...
SIapa yang tak suka makan tauhu.. rasa semua orang suka kan.. kalau boleh selalu nak ada stok tauhu dalam peti. Dan rata - rata kebanyakan orang tak tahu nak simpan tauhu dalam tempoh yang lama dalam peti.. sebab tauhu ni kena rendam air.. alamatnya kalau tak ambil berat sangat macam mana nak simpan dengan betul.. tauhu akan busuk. Dah tak boleh nak buat apa terpaksa buang la. Duit pun melayang jugak.
Wani bukan lah selalu beli tauhu sangat. Tapi bila dah beli, cara macam ni lah yang wani selalu buat.. tukar air selang 3 hari tak nak tauhu busuk..ada petua lain pun tak pakai, tapi rendam dalam air bertapis.. haaah ambil siap bertapis air hiii.. konon nya tak nak ada bakteria,, sebab kalau kita tengok tauhu yang kat kedai, cuba tengok kalau yang dah lama rendam dalam plastik dah nampak keruh kan air, nampak macam tu tolonglah jangan beli tauhu tu dah tak selamat dah,, busuk baunya..
Itu lagi satu tip penting nak tengok bila nak beli tauhu kat kedai yang dah direndam, biar rendaman tu jernih nampak tauhu kat dalam boleh lah beli..terutamnya yang dah letak siap tauhu dalam plastik dan ada air.. kalau tersilap beli bukannya boleh makan pun buang juga.
Biasanya wani tukar air setiap 3 hari sekali.. berjaga - jaga tak nak jadi busuk .. kalau dah lama sangat takut busuk tapi yang penting masa beli tu beliah yang tauhu masih baru bukan yang lama, barulah kalau nak simpan lama dalam peti pun tak apa.. tahan lama sikit..
Kalau ada yang nak kongsi tip lain cara nak simpan tauhu bolehlah kongsi kat sini.
btl tu... kalau boleh baik tukar setiap hari air nya..hihihih
ReplyDeleteSelalu beli terus habiskan. Goreng cicah sos pun dah sedap. :D Bw ahad xD
ReplyDeletetheathra.blogspot.my
Jarang beli dan simpan.. Selalunya beli terus masak je..
ReplyDeleteTapi nice tips..
Aaa, gitu. Mek jarang bli tauhu :)
ReplyDeleteBiasanya Xsimpan tauhu
ReplyDeleteBeli terus guna.
Pasar pun dekat, hari2 boleh beli yang fresh.
Apa2 pu, tk beri tips simpan tauhu.
Sllu beli terus msk..x sempat simpan..hihi
ReplyDeleteOo..kita simpan camtu je sebab pernah dulu simpan ia rendam dalam air tapi k.o
ReplyDeletePaling lama simpan tauhu tak sampai 3 hari sebab mesti guna untuk masak :)
ReplyDeleteIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-review-mereka-by-ariff-adly.html
Tips Bro senang je, terus masak.. Tauhu ni kalau simpan lama pun tak elok juga
ReplyDeletePost a Comment