Resepi Kurma Daging Noxxa Mudah Dan Sedap | Salam semua, kurma daging biasanya sedap dimakan dengan segala jenis nasi minyak dan juga nasi putih.oklah ya, perkongsian resepi pulak asyik beriklan jer. Ini pun lama dalam draft. Masak kurma daging noxxa, semudah abc dah. Sebenarnya ada sekali masak kurma daging dalam noxxa.
Tapi terlebih empuk ubi kentang, pasal masuk sekaligus. Lama bereksperimen baru wani faham kenapa dah tak boleh nak masuk awal-awal ubi kentang. Silap-silap boleh hancur ubi kentang tu sebab dah ada pengalaman.

Kali ini nak cuba guna rempah kurma keluaran faiza. Wani rajin hari tu nak perap bagai daging. Sebab ikut resepi kalau perap lagi terasa rempah nya. Wani bukan setakat perap, pergi simpan dalam peti dan frozen kan daging perapan pulak. Selalu rajin kalau bab perap nak buat awal.
Tapi kalau terlebih rajin buat la macam wani ya. Orang kata perancangan memasak pun macam ni juga kan. Bila datang angin rajin nak memerap bagai ni bukan senang.
Resepi kurma, banyak variasi dan selalunya kalau masak kurma tak pernah nak goreng bawang, kali ini rajin ikut resepi rasanya kalau goreng bawang ni masakan lagi wangi.Siap masak semua total 30 minit.
Wani memang high pressure daging dalam 25 minit + 5 minit untuk ubi kentang untuk masa terakhir. Bukan setakat sedap makan dengan nasi. Buat cicah dengan roti pun boleh.
Resepi kat bawah, panjangkan resepi dekat sini, harap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk orang lain. Lain kali boleh lah buat macam ni, memang sedap kena perap dulu daging tu.
9) Dah siap, ubi kentang tak terlalu hancur kalau nak pegang pun. Boleh hidangkan.
Kredit resepi : Lenny Marlynna
Selamat mencuba resepi kurma daging yang simple.
Baca juga : Resepi Kentang Putar Noxxa Mudah Siap 15 Minit
Tapi kalau terlebih rajin buat la macam wani ya. Orang kata perancangan memasak pun macam ni juga kan. Bila datang angin rajin nak memerap bagai ni bukan senang.
Resepi kurma, banyak variasi dan selalunya kalau masak kurma tak pernah nak goreng bawang, kali ini rajin ikut resepi rasanya kalau goreng bawang ni masakan lagi wangi.Siap masak semua total 30 minit.
Wani memang high pressure daging dalam 25 minit + 5 minit untuk ubi kentang untuk masa terakhir. Bukan setakat sedap makan dengan nasi. Buat cicah dengan roti pun boleh.
Resepi kat bawah, panjangkan resepi dekat sini, harap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk orang lain. Lain kali boleh lah buat macam ni, memang sedap kena perap dulu daging tu.
Resepi Kurma Daging Noxxa Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan
- 700 gram daging batang pinang yang telah dipotong
- 1 paket rempah kurma
- Bawang merah, bawang putih, halia dikisar dan garam secukup rasa dicampur dengan rempah kurma. Gaulkan dengan daging
- Bawang besar, dimayang
- Rempah ratus 4 sekawan
- Kentang dan lobak merah
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- 2 helai daun pandan diikat
- 2 keping asam keping
- Air asam jawa secukupnya
- Gula melaka
Cara - Cara
1) Set pada Noxxa pc pada "Stir-Fry" mode dan tekan on. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dimayang dan rempah ratus 4 sekawan sehingga wangi.
2) Masukkan daging yang telah diperap tadi. Tumiskan seketika biar bahan tumisan nampak naik minyak sikit. Offkan stir fry.
3) Masukkan daun pandan, gula melaka, air asam jawa dan asam keping.
4) Masukkan santan separuh kotak, air dan garam. Air lebih kurang paras daging.tudung periuk noxxa.
5) Set pada HP mode selama 25 minit. Pastikan tombol menghala ke arah Pressure.
6) Dah bunyi beep, tekan off dan putar tombol menghala ke steam untuk melepaskan wap.
7) Kemudian, masukkan ubi kentang dan lobak yang dipotong sederhana. tutup tudung.
8) High pressure selama 5 minit sahaja dan tekan on, selepas bunyi beep, tekan off, lepaskan wap, buka tudung, tekan stir fry nak bagi kuah tu sebati, didihkan dalam 2 - 3 minit.9) Dah siap, ubi kentang tak terlalu hancur kalau nak pegang pun. Boleh hidangkan.
Kredit resepi : Lenny Marlynna
Selamat mencuba resepi kurma daging yang simple.
Baca juga : Resepi Kentang Putar Noxxa Mudah Siap 15 Minit
Betul kalau perap rempah dia meresap
ReplyDeleteTapi kakak ni sebab guna Noxxa kan cepat empok jadi memang malas nak perap-perap.
BEST TUL PERIUK NI
ReplyDeleteSedaonyer..
ReplyDeletealahai sedapnya wani. busyra suka masak kurma!!
ReplyDeleteNAMPAK SEDAP SANGAT NI.. TERUS LAPA.. HEHE
ReplyDeletesedapnya sis lapar dah ni hehe
ReplyDeletejemput join ya
http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/12/end-year-mini-giveaway-by-mellya-friends.html
Bestnya periuk ni. Berkenan pulak haa..
ReplyDeleteLagi sedap e kalau perap dulu..
ReplyDeleteNanti nak cuba jugalah..
Jimat masa & sedap pula!
ReplyDeletePost a Comment