Resepi Muffin Pandan Montok Mudah

ASSALAMUALAIKUM...

Resepi Muffin Pandan Montok Mudah

Lamanya tak buat muffin. Agaknya dah beberapa tahun dah tak godek buat muffin ni.. hiii muffin senang nak buat sebenarnya tapi ada kes orang tak berapa nak jadi buat part pasal naik merekah tu. Sebab muffin ni kalau yang kata menjadi tu tengok kalau dia naik merekah.. wani tak berapa nak buat sebab kurang suka jugak muffin ni hii tapi bila dah terasa rindu nak buat memang akan buat la jugak..

Kebetulan dalam peti dah lama tersimpan homemade jus pandan.. jadi keputusan nak buat muffin akhirnya menjadi la jugak.. jenuh rasanya bila dah lama fikir nak buat muffin nak buat muffin.. dalam kepala ni. green coloring memang authentic from pandan leaves and no fake coloring at all.. hii.. 

bab santan tu bagi wani 200 ml macam banyak tapi kalau orang yang suka bau santan dalam muffin, boleh lah guna sekotak tu.. wani guna sikit santan dan campur air.. tapi ok jer muffin menjadi jugak.. 

wani tabur dengan bijan kat atas sebelum bakar,,,, kejadian muffin ni moist sikit walaupun tekstur nya padat. 
selamat mencuba...kalau nak refer cara nak buat homemade ekstrak pandan, boleh klik SINI


Resepi Muffin Pandan Montok Mudah

Resepi Muffin Pandan Montok Mudah 
Sumber K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan: 
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul - ketul sedikit (lumpy). 


NOTA

adunan muffin tak boleh  kacau lama. kalau adunan still lumpy dah boleh stop, terus scoop adunan masukkan dalam papercup

petua kalau nak merekah lagi on top, wani guna "double action baking powder",dan satu lagi masukkan dalam papercup tu dalam 3/4 penuh, baru ia naik merekah cantik

4 Comments

  1. bila tgk muffin ni.. ttbe teringat pulak muffin mak sy buat.. alahai lama pula mak dah tak buat muffin ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya wani.. boleh cuba nnti. :)

    ReplyDelete
  3. Tau makan aje tapi Xtau buat.
    bagus guna jus daun pandan wangi ni.
    Emak WP dulu selalu buat bahulu pandan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post