Makin nak dekat dah pengakhiran hujung bulan.. dah 20 hari bulan dah.. hujan renyai - renyai kat sini seharian kesejukan.
Lama tak berkongsi dari sudut agama. Wani ambil copy paste dari group wassap.. kalau kita baca nak berkongsi dengan orang lain jugak...
_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bagi kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?_
_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
-----------------------------------
_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_
_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_
_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_
_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?_
_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."_
_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._
_*Tiga*_
_Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._
_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak - anak mu supaya membiasakan diri dengan bersedekah._
_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada org yang bersedekah._
_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_
_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_
_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_
_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_
_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_
_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_
_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._
_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_
_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_
_9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_
_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya_
_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._
_12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)_
_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yg besar_
_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._
_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._
_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_
_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._
_18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia._
_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_
_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_
_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_
_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung - burung
_*Dan sebaik2 sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah*
Terima kasih Wani..
ReplyDeleteMemang banyak manfaat bersedekah ni.. terima kasih juga atas peringatan ni. :)
Wani, mohon share juga ya.
ReplyDeleteTQ in advance. :)
Info yang berguna wani.. Ilmu ni juga boleh dapat pahala bila kita kongsi.. :)
ReplyDeleteJom kita jadikan bersedekah sebagai amalan.
ReplyDeleteTidak semestinya wang ringgit aje.
Banyak perkara kita boleh bersedekah.
hi, saya datang singgah sini sambil klik nuffnang :)
ReplyDeletePost a Comment