YANG DIPERTUAN AGONG XV || SULTAN MUHAMMAD V

ASSALAMUALAIKUM...


Seawal pukul 8 pagi wani dah terdengar bunyi beberapa das tembakan meriam ke udara..walaupun rumah dalam 12km dari Istana Negeri Kubang Kerian, dapat dengar dari sini.tengok gambar dari perkongsian facebook rasmi laman Kelantan dan page rasmi yang lain, baru nampak betapa ramainya rakyat Kelantan keluar nak mengiringi Tuanku Sultan Muhammad V. Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang. Alahai rasa rugi pula terlepas peluang.. seumur hidup ini, tak berpeluang tengok, ada sahaja alasan.

Giliran terakhir Sultan Kelantan yang telah menjadi Yang di-pertuan Agong pada tahun 1979 iaitu Datuk kepada Sultan Kelantan sekarang. Alhamdulillah setelah sekian lamanya rakyat Kelantan menunggu, cucu pula yang telah naik takhta untuk menjadi Yang di-pertuan Agong yang ke 15. Sebagai rakyat Kelantan, Wani amat bangga meraikan pelantikan Tuanku sebagai Yang di-pertuan Agong. 

Tuanku yang dikenali sebagai Sultan yang berjiwa rakyat amat disanjungi oleh Rakyat Kelantan

Semoga Allah Ta'ala memberkati dan memanjangkan usia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke- 15.


Allahu Akbar (الله أكبر)
Allahu Akbar (الله أكبر)
Allahu Akbar (الله أكبر)


Wani pun nak berkongsi dengan pembaca semua, gambar - gambar semasa perjalanan Tuanku ke lapangan terbang.kredit gambar kepada J images.. tengok gambar pun dah rasa syukur sangat. Ramai orang pakat share.rugi tak tengok kat airport sebab airport pun dah berhias cantik. 














4 Comments

  1. Daulat Tuanku
    Semoga syiar Islam semakin berkembang di bawah pemerintahan Tuanku.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Dah lama mengharapkan sultan kelantan menjadi Yang Di pertuan Agong.. Akhirnya..

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku ! semoga malaysia terus aman dan tuanku dapat baiki yg mane membebankan rakyat. aminnnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post