Pengalaman Tampal, Cabut Dan Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Murni Kubang Kerian | Disebabkan banyak komen - komen yang tanya pasal harga untuk cabut gigi, tampal gigi, scaling gigi. Sampai ada yang tanya boleh buat braces ke tak.
Rupa - rupanya ramai orang Kubang Kerian nak survey klinik gigi kawasan sini.
Nasib baik lah sis nak buat entri pasal klinik pergigian kawasan Kubang Kerian. Kubang Kerian ada lagi klinik gigi yang lain, cumanya sis ni cari yang doktor perempuan.
Takut kalau terasa lain macam gigi tapi nak simpan lama - lama. Jadi benda lain.
Kalau sebelum ni, dari kecil lagi sis rajin ikut bonda pergi klinik gigi Doktor Goh di Kota Bharu, bonda sis selalu check gigi dari cabut gigi, tampal gigi, semua pasal masalah gigi.
Selalu dia rujuk kat klinik Goh, dah lama dah klinik tu, sis nak buat entri pun agaknya tak pergi dah kat klinik Goh tu sebab tak ada gambar dulu selalu teman bonda.
Sis pun tak berapa ingat dah berapa kali pergi klinik gigi kat situ, Doktor Goh, doktor berbangsa cina, sampai kenal dah bonda.
Dah sejak muda sampai la ke umur sekarang, Doktor Goh lah yang paling setia nak suruh check gigi.
Sebab bonda tak nak doktor gigi yang lain, last sis pergi sekali teman bonda tak ingat dah bila, dah nampak berumur dah Doktor Goh.
Lamanya perkhidmatan beliau dalam pergigian, seingat sis sejak tahun 80 an lagi kalau tak silap.
Tapi masih lagi nak berkhidmat. Sepatutnya dah boleh pencen dah Doktor Goh ni.
Sebenarnya bukan nak bercerita pasal klinik gigi Doktor Goh, terpanjang pulak pasal Doktor Goh, yang sis nak bagi tahu, klinik gigi kegemaran buat masa sekarang sebab dah banyak kali dah pergi kat klinik sini.
Selain daripada berdekatan sikit dari rumah, sebab utamanya adalah doktor sini doktor gigi perempuan.
Sebelum ini doktor gigi selain Doktor Goh yang merawat gigi, ada seorang lagi doktor lelaki tak ingat nama, itupun pergi sekali, lepas tu tak pergi dah.
Lokasi Klinik Pergigian Murni, Kubang Kerian
Klinik pergigian Murni, Kubang Kerian berdepan betul-betul tepi jalan mengadap lampu isyarat. Bertentangan jalan nak masuk ke klinik kesihatan Kubang Kerian.
Siapa yang dah biasa memang tahu dah.
Klinik Pergigian Murni, bangunannya tepi jalan, jadi mudah nak perasan tengok.
Terpampang besar dah Klinik Pergigian Murni tu.
Sis ingat mudah nak parking kalau pergi awal sikit. Parking kat tepi bangunan.
Kadang- kadang pergi ramai orang, kadang tak berapa nak ramai.
Pengalaman Tampal, Cabut Dan Scaling Gigi
Biasalah, sis pun kena banyak berterima kasih pada Doktor Rohaya, banyak kali dah rawat gigi. Pengalaman dari tampal, cabut dan scaling gigi, semua beliau dah buat.
Sis cabut gigi geraham bongsu pun kat sini jugak. Alhamdulillah servis ok. Scaling gigi atau cuci gigi tu kalau boleh 6 bulan sekali kena cuci, kalau tak karang gigi memang melekat.
Baru - baru ini, sis pergi sebab terasa gigi macam sengal, kalau minum air macam menyucuk - nyucuk sikit. Pergi sana, rupa - rupanya doktor cakap tak ada apa - apa gigi ni, gigi sensitif la ni.
Adoi malulah pulak kat doktor, kita ingatkan takut ada lubang - lubang dah, nasib tak ada bayaran.
Bagi yang bertanya harga cabut gigi, harga tampal gigi atau harga cuci gigi. Sis pun sebenarnya tak boleh nak bagi dengan harga tepat, sebab takut berubah harga.
Cuma baru - baru ini, sis ada pergi sebab simen gigi dah tertanggal. Jadi sis tanya balik
Harga tampal gigi - RM 50
Harga scaling gigi - RM 70
Harga untuk cabut tak tanya berapa. Ada yang komen tanya boleh buat braces ke tak tu, sis tak pasti sebab tak pernah tanya, pergi klinik gigi Murni setakat cabut, tampal dan cuci gigi saja. Kalian boleh telefon tanya ya.
Sis dah bagi nombor telefon klinik ni kat bawah sekali. Tapi nak pergi klinik gigi ini, bawak lah RM 100, kalau nak bawak lebih ok lagi.
Sebab memang tak lari dah cabut gigi ke, tampal gigi ke, cuci gigi ke, harga memang dalam bajet RM 100.
Klinik pergigian Murni lah ya. Klinik lain sis tak tahu. Jangan samakan dengan klinik lain pulak. Apapun sayangi lah gigi kalian ya.
Kena selalu pergi klinik gigi untuk semakan berkala.
Gigi tiada cari ganti. Sis ni sampai sekarang tak tahu rupa Doktor Rohaya macam mana, asyik masuk bilik, doktor dah pakai topeng muka. Padahal bertahun pergi klinik dia jer.
Kalau sesiapa yang berdekatan dengan kawasan Kubang Kerian ke nak ambil servis Doktor Rohaya. boleh lah pergi klinik ni.
Apa pun, kalian hubungi lah nombor telefon di bawah. Tanya dulu ke itu lebih baik sebelum pergi klinik.
Kubang Kerian
16150, Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-764 5829
Waktu Rawatan
Hari : Sabtu hingga Khamis
Masa : 9 pagi hingga 5:30 petang
Jumaat : Tutup
WP pun pegi satu klinik gigi aje.Klinik swasta.
ردحذفKalau gigi rasa lain macam aje, mesti pegi cek.
Nasib baik cuma gigi sensitif ja kak dan tak kena charge haha.
ردحذف@mat min kalau gigi geraham bongsu tu depends jugak tapi puluh- puluh lah jugak.. sebab tengok keadaan gigi kita ,kot kena jahit ke apa huu
ردحذف@Love Sayang
ردحذفwassalam, mungkin dalam rm 40 lah tak ingat dah huu,tengok gigi jugak
ohh saya dah bagi contact number kat atas, boleh tanya direct :) ..sebab saya pun tak tahu . yang saya tahu pukul 9 pg tu dah buka
ردحذفkalau nak buat braces boleh ke kat sana?
ردحذفsampai skang tak sempat nak scaling gigi. huhu. nice info kak. huhu.
ردحذفnk tny klu kanak² umur 4@5thn blh ke cabut?biasa brpa charge?buka&tutup pkl brpa?
ردحذفBudak boleh rasanya sebab ada ternampak budak hari tu. apa pun cuba call dulu tanya,, nombor dah bg kat atas tu, buka 9 pagi tutup x sure plak sampai petang kot, sebab biasa saya pergi pagi
ردحذفlama dah tak scalling gigi
ردحذفإرسال تعليق