Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah, Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap | Mee kari semestinya menu kesukaan semua rakyat Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai variasi masakan untuk resepi mee kari. Bagi sis, kalau yang simple dan sedap boleh masuk tekak tu memang boleh terima dah. Kalau cukup semua bahan letak udang dan kerang semua tu memang kuah mee kari paling tersedap bila makan. Sebab itu bila rancang nak masak mee kari sedap ini, kalau boleh beli bahan semua cukup untuk masak kuah mee kari.
Lagi satu untuk topping mee kari ini, kadang - kadang letak ikut mana ada stok. Sebab banyak bahan nak topping mee kari ni kan, potong itu, potong ini.
Mee kari sedap bergantung kepada kuah mee kari yang disediakan. Macam - macam orang kongsi tips nak bagi sedap kuah mee kari. Kuah mee kari tak boleh terlalu pekat dan terlalu cair. Ini tips untuk kuah mee kari yang lebih sedap.
Tips Untuk Kuah Mee Kari Yang Lebih Sedap
Semuanya bergantung kepada bahan - bahan yang dimasukkan untuk buat kuah mee kari.
1. Kalau nak lagi sedap masukkan isi kerang.
2. Masukkan udang kering.
3. Masukkan ubi kentang lecek di dalam kuah fungsinya untuk memekat sikit.
4. Yang paling penting dalam menyediakan kuah mee kari kena buat stok udang. Isi udang hidup pun dikisar sekali. Itu yang menyedapkan kuah mee kari.
Untuk topping mee kari pula, terpulang kalau cukup semua bahan lagi sedap. Ada yang masukkan tauhu goreng. Ada yang masukkan tauhu kering goreng.
Untuk resepi kak azie ni dia gunakan isi kerang dan ayam. Kuah pun lagi sedap sebab ada isi kerang. Kalau tak ada kerang pun ok jugak. Tapi yang penting kena buat stok udang tu ya.
Ok, ini resepi mee kari simple dan mudah ya.
Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah Dan Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih ( nak ganti dengan hirisan ayam pun boleh )
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus dan tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 batang serai
2 sudu besar udang kering- rendam dan toskan
1 cawan udang hidup (buang kulit dan blend dengan stok udang)
Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk
Bahan Untuk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos dan lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng dan hiris nipis
2 fish cake - goreng dan hiris nipis
4 biji telur - direbus dan belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng
Cara-cara
1. Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya.
2. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
5. Masukkan fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
6. Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Cara Menyediakan Mee Kari Kerang
1. Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
2. Tuangkan kuah di atas mee tadi.
3. Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan
Kredit : https://www.aziekitchen.com/2012/04/mee-kari-kerang.html
Baca Juga :
amboi sedapnya. terliur nampak petang2 gini. hehe
ReplyDeletekak ana pun selalu dapat resepi dari azie kitchen ni wani, sedap mee kari kerang kan wani :)
ReplyDeleteSha pun suka mee kari.. tapi tak suka letak daun ketumbar ke daun sup ke bawang goreng ke.. hehehe
ReplyDeleteRajinya wanie masak mee kari.. Lea tak pandai masak.. hehe.. pas bersalin nanti nak rajin jugak la.. belajar dr wanie.. ekekeke
ReplyDeleteFuh terliur tengok mee kari tu
ReplyDeletesedapnya wani, dari hari tu cadang nak masak mee kari belum lagi kejadiannya hehe :)
ReplyDeleteSedapnya.. saya tak pernah lagi buat mee kari. Sebab masak kari pun kekadang failed. Nanti boleh try cara Wani yang simple ni.
ReplyDeletePost a Comment