Resepi Cocktail Mudah, Sedap Dan Menyegarkan

Resepi Cocktail Mudah, Sedap Dan Menyegarkan | resepi agar -agar yang mudah dan sudah tentu sedap yang boleh dicuba. Dari semudah resepi agar -agar sirap mudah atau pun pelbagai variasi agar - agar yang boleh dibuat dengan mudah. 

Nak buat agar -agar ada yang lebih suka guna agar -agar tali atau pun nak lagi mudah guna serbuk agar - agar kalau nak cepat larut. 

Ok kali ini sis nak kongsi resepi cocktail mudah nak buat. Senang saja, sis cuma buat agar -agar kosong sebab nak masak agar - agar guna periuk noxxa. 

Resepi cocktail

Bila cuaca panas macam ni, selalu akan fikirlah menu  yang menyejukkan tekak. Salah satunya cokctail. 

Cocktail buah ni selalu dah wani buat kalau ada majlis - majlis kat rumah. Bukan apa, bahan nak buat simple sangat. 

Dan menu cepat habis tatkala cuaca panas, asyik nak top up jer kat meja tetamu. Biasalah cuaca panas lawan dia dengan air cocktail buah

Bahan - bahan nak topping pun ikut lah nak masukkan apa, Hari tu wani buat, ada satu tin laici yang tak terusik lagi dalam pantry. 

Kalau nak letak sumi ke terpulang lah, tapi yang penting kena ada nata de coco dan susu cair. Nata de coco tu kan banyak flavor, pilih yang perisa laici sebab dia color putih.

Yang lain tu colorful sangat airnya. 

Kalau nak tambah air, tak tambah dah sebab nata de coco tu dah manis, main tambah susu cair. 

Kalau nak rasa lemak susu tambah lagi, kalau letak ais lagilahh sejuk cocktail tu. 

Dah nama pun cocktail kan. Cara buat cocktail pun senang jer. Gambar atas tu ada laici, nata de coco, agar-agar yang dah dipotong kiub dan susu cair.

Ok,sekarang nak tunjuk cara nak masak agar - agar dalam noxxa pulak. 

Sebenarnya dah banyak kali dah buat guna noxxa nak masak agar- agar, tak buat entri kat sini jer lagi. 

Memang berbaloi lah sebab tak guna secara kaedah lama dah nak rendam bagai macam dulu tak ada dah. Kalau dulu rendam pun berjam-jam kan. 

Kadang- kadang nak boleh ke rebus pun lamanya nak cair semua agar-agar tali ni kan.

Buat sesiapa yang ada periuk noxxa amway, wani nak tunjuk step by step nak buat plain agar- agar macam ni. Korang nak guna periuk biasa pun boleh. 

resepi cocktail

1. Masukkan agar- agar tali ke dalam periuk noxxa.. agar-agar tali ni berat 20gm.
2. Masukkan air 1.2 liter dan 1 cawan gula.. wani masukkan 1 cawan gula dulu takut terlebih manis.  

Lepas siap masak wani tambah dalam 2 sudu besar gula pasir dan kacau sekejap sampai gula tu larut sebab larutan agar -agar tu masih panas.

Main cuba - cuba lah sedang elok dah manisnya yang penting korang kena letak 1 cawan dulu gula tu ya.

3. Kemudian, kita tutup tudung periuk dan tekan high pressure sebanyak 4 kali maksudnya 4 minit dan tekan on. Sekejap kan 4 minit jerr dah larut sungguh.

4. Lepas tu, pastikan tombol tu ke pressure kan tengah high pressure.

Resepi cocktail

5. Kemudian, eh dah siap tuang dalam bekas dah. Tak ingat nak snap gambar masa dalam periuk. Maaflah dah lepas high pressure, bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam. 

Lepas habis wap boleh buka tudung sebab kunci dia dah terbuka. 

Masa tu lah kalau rasa kurang manis lagi, tambah la gula kaca- kacau secukup rasa.

6. Wani letak pewarna atas darat jerr. Tuang secukup warna nampak macam daun pisang. 

7. Ok kacau - kacau jadi lah warna macam ni. Rehatkan sekejap sebelum letak dalam peti sejuk kan tak beku lagi.

8. Dah siap. Agar- agar yang dah dipotong kiub. Sedap ni.

Resepi Koktail Paling Simple Dan Sedap 


Bahan - Bahan 
Agar - agar tali 20 gm 
1 cawan gula atau secukupnya 
Pewarna hijau 
1 tin laici dalam tin atau buah - buahan dalam tin secukupnya 
Nata de coco secukupnya 
Susu cair secukupnya 

Cara - Cara 
1. Masukkan agar- agar tali ke dalam periuk noxxa.. agar-agar tali ni berat 20gm.
2. Masukkan air 1.2 liter dan 1 cawan gula. Wani masukkan 1 cawan gula dulu takut terlebih manis. Lepas siap masak wani tambah dalam 2 sudu besar gula pasir dan kacau sekejap sampai gula tu larut sebab larutan agar -agar tu masih panas, main cuba - cuba lah sedang elok dah manisnya yang penting korang kena letak 1 cawan dulu gula tu ya.
3. Kemudian, kita tutup tudung periuk dan tekan high pressure sebanyak 4 kali maksudnya 4 minit dan tekan on. Sekejap kan 4 minit jerr dah larut sungguh.
4. Lepas tu, pastikan tombol tu ke pressure kan tengah high pressure.
5. Kemudian, eh dah siap tuang dalam bekas dah. Tak ingat nak snap gambar masa dalam periuk. Maaflah dah lepas high pressure, bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam. Lepas habis wap boleh buka tudung sebab kunci dia dah terbuka. Masa tu lah kalau rasa kurang manis lagi, tambah la gula kaca- kacau secukup rasa.
6. Wani letak pewarna atas darat jerr. Tuang secukup warna nampak macam daun pisang. 
7. Ok kacau - kacau jadi lah warna macam ni. Rehatkan sekejap sebelum letak dalam peti sejuk kan tak beku lagi.
8. Dah siap. Agar- agar yang dah dipotong kiub. Sedap ni tauu. Buat masa jamuan makan ramai-ramai ke. Nak puasa tak lama lagi ni pun sesuai lah ni penyejuk tekak nak berbuka puasa.Tak lama dah nak puasa ni. Dalam masa 2 bulan lagi kan.

Selamat mencuba, resepi cocktail buah. Tambah dengan yang lain tu baru naik seri koktail. 

Untuk info - info menarik, korang boleh join channel Telegram ini 

Info Ibu Hamil

Info Resepi 

Info Motivasi

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer 

Baca Juga : 




6 Comments

  1. Panas2 dpt cocktail tu memang terbaik. Makan tu je pun dah cukup.

    ReplyDelete
  2. wah simple and menarik ! hehe
    sis ditag http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

    ReplyDelete
  3. Fav saya ni koktail! hehehe tapi saya tak suka kalau letak agar-agar. cukuplah letak buah-buah yang pelbagai lepastu letak sumi. memang sedap laaa.

    ReplyDelete
  4. sedapnye makan time cuaca panas...

    ReplyDelete
  5. Simple tapi sedap..msak pula dengan periuk noxxa..alahai bertambah sedap..hih
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. mudahnya nak buat.. sedap sgt tngokk.. betul tu wani. nak nak pulak makan time cuaca panas. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post