Salam semua.. ada yang rindu takkk hiii. Lama sangat wani bercuti dari berblog . Lama ke hari ni dah 14 last entry 8 hb lepas.. lama ke tuuu :D.. tak kisah lah lama ke tak.. 3 hari lepas ni wifi tak berapa nak jadi... lagipun busy dengan benda lain kan.. maaf lah tak dapat nak blogwalking lagiiii... cubalah nak blogwalking..
Tayang entri menu makanan lagikkkk.. hadaplah korang.. :D.. ini kali pertama wani tengok lobster.. sebelum ni tak pernah tengok depan mata. Kita bukan orang kaya nak belek - belek lobster.. lobster ni kalau 1 kg boleh cecah RM 98 .. korang bayangkan lahh.. isi dah la sikit.. harga mahalllllll.. ini dah bernasib baik sebab adik ipar wani ni dia kaki pancing.. selalu kalau balik kampung, dia akan pergi memancing dengan ayah dia kat laut.. alhamdulilah rezeki dah ada orang nak bagi lobster kan..
Ada lebih sikit kita kongsi kongsi.tapi sebelum ni pun macam macam mak nenek ikan dah bagi,, ikan tenggiri ada, ikan kerisi ada, ikan yang wani tak pernah tengok pun ada :D. Baru ni dia dapat tangkap sotong "gebeng".. besarrrr sangat.. itu kali pertama wani tengok. Nanti lah next entri kita kongsi, menu makanan lagikkkk..
Tak apalah, tak lama dah nak puasa, mesti lagi banyak keyword kat blog naik nama resepi.. syukurlah ada lah sedikit sebanyak perkongsian resepi yang dikongsi... tapi kalau menu lobster ni tak boleh buat menu hidangan nak buka puasa dah... ,puasa - puasa nak menu mewah mewah bersederhana sudah la wani oiii..
Ok tanpa melengahkan masa, wani share resepi LOBSTER MASAK BUTTER,, buntu jugak sebenarnya nak masak apa, cari - cari resepi berkenan dengan resepi ni, ala western dan ala melayu,, sebab letak cili padi dan hasilnyaaa tak sia - sia walaupun kali pertama cuba. Sedapppp sangat. Abah wani dia siap sapu roti kat kuah ni..
Lobster ni kena dibersihkan dulu. Agaknya pengepit dia tu dah dipotong,sebab dia dah bagi macam ni siap.. jakun tengok..
Terbalikkan dia pulak.. wani tak boleh nak bayang macam mana lobster ni dok dalam laut..
Kalau ikut resepi kena kukus, sebelum ni, ada jugak tanya kat group macam mana nak masak benda ni sebab tak reti.. ada orang cakap kukus... tak sempat nak ambil gambar yang ada dalam periuk kukusan.. tup..tup dah ambil dah siap masak dah hiii 😁😁😁.tak boleh kukus lama takut isinya liat .. macam udang lah kan masak lama pun tak sedap dah
bersedia untuk dipotong 2. letak atas papan pemotong. wani ingatkan kulit lobster tu keras.rupanya tak. tekan dengan pisau terus terbelah 2..
dah dibelah 2 panjang macam ni.. kita kena bersihkan otak lobster kat atas ni, gambar ni dah dibersihkan.. ia macam kuning- kuning.. kena korek - korek buang lepas tu basuh balik kat bahagian kepala lobster sampai bersih ..takkan nak masak sekali dengan otak pulak.. jadi otak udang lah :D
ok gambar yang dah siap masak.. jarang wani buat jenis masak- masak butter macam ni .. ke tak pernah buat, tak ingat. tapi lobster memang masuk dengan butter macam ni. walaupun dalam kuah ni ada letak telur.. untuk bagi lemak - lemak berkrim .. masih lagi sedap.. dalam ni wani ikut tuang jerr telur tu.. walaupun dah pecahkan 2 biji.. tapi tak masukkan semua semasa tuang.. nampak pekat jerrr kuah tu terus berhenti.. takut pekat sangat. pandai - pandai lah.. lebihan telur tu buat goreng biasa.. tak nak lah membazir kan..
boleh masak tak ..manalah tahu rezekii tergolek ada lobster kan ..:D. boleh lah masak cara macam ni ..sedapppp sangat..isi dia lebih kurang macam udang ..tapi bukan udang hiii.. makan saja pun macam tak sesuai jerr nak makan dengan nasi
boleh masak tak ..manalah tahu rezekii tergolek ada lobster kan ..:D. boleh lah masak cara macam ni ..sedapppp sangat..isi dia lebih kurang macam udang ..tapi bukan udang hiii.. makan saja pun macam tak sesuai jerr nak makan dengan nasi
Resepi Lobster Masak Butter Paling Sedap
Bahan-bahan :
Lobster
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu) - terlupa nak letak
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya
Caranya :
1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.
boleh terasa kesedapannya
ReplyDeleteUntunglah kak pandai masak boleh share recipe banyak2 hehe. Keyword pun mesti sentiasa masuk ni kak. Share la sikit lobster tu, tak pernah makan lagi haha.
ReplyDeletesedap lobster, terliur sudah
ReplyDeleteAdoi...mengiurkan betul lobster masak butter.
ReplyDeleteMrs. A baru aje makan udang butter tapi bukan lobster lah
Erm nyumnyumnyum 😍 Tempat kami dekat dengan pantai, kalau ada nelayan dapat lobster tu cecepat beli. Dapat harga murah sikit dalam RM40-50 sekilo
ReplyDeleteawat lah menggoda sungguh lobster butter ni. mana nak cari skrg ni. huhuhu
ReplyDeletewaa nampak sedap tu wani.. sy belum pernah lagi mkn lobster ni.. :D :D
ReplyDeleteSedapnya wani.. meh masakkan untuk sha.. hehehe
ReplyDeleteyaaaa rabbi !!!! dugaan apekah ini!! hahaha..
ReplyDeletePost a Comment