Resepi Sambal Sotong Gebeng Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Sotong Gebeng Mudah Dan Sedap | Salam semua Panas lit lit hari ni,, pening kepala jap.. tapi gigih nak post entri.. seperti yang telah dijanjikan entri lepas wani nak tunjuk rupa sotong "gebeng" kan.. ok inilah dia.. first time tengok. tak tahu kenapa nama sotong gebeng tapi lain tempat lain nama ..dah ada nama masing - masing. Ke korang kenal sotong ni.. besar ni tawww ..yaaa freshh dari laut..boleh buat 2 kali masak. Sekali masak portion pun dah rasa banyak sangat... alhamdulillah syukurlah di atas rezekiNya.

resepi sambal sotong nasi lemak

Sotong ni wani buat sambal, ala macam sambal ikan bilis jerr lah.. isi sotong ni, bila potong memang tebal.minta maaf bab potongan tu, bonda yang potong, wani dah agak nampak tebal ,sepatutnya hiris nipis lagi baru senang nak makan, sebab sotong ni bila masak ia macam mengembang.. 

resepi sambal sotong nasi lemak

Nak masak sotong ni mestilah ada petua sikit, sebab kita nak buang air sotong kan, ke korang tak tahu. Sotong ni kalau tak buang air dalam sotong tu, alamatnya berair lah sambal.. kalau dah tahu pun tak apa,kalau tak tahu nak bagi tahu sekali lagi.Cuma panaskan kuali kosong ,masukkan sotong dan kacau - kacau sampai ia keluar air.


Tengok kan dah keluar dah pun air dalam sotong. Penting buat macam ni.


Lepas tu keluarkan dan sejatkan dalam penyejat.


Dalam kuali ni sambal yang dah siap tumis .sambal yang tersedap kalau tumis tu guna belacan.kat sini wani copy paste resipi dari kak Azie kitchen, lebih kurang macam dia buat tapi bawang dia mayang, wani guna ibu sambal yang dah siap. Adik - adik, abang, kekakak yang tak reti lagi masak sambal tak tahu lah nak cakap. Basic jerrr bahan tu.. versi resepi sendiri tak ada.


Masukkan sotong tadi ke dalam sambal  dan kacau - kacau ya


Yang ni dah di kacau dan sebati, keringkan sikit nampak macam naik minyak berkilau. Besar sangat potongan sotong :D. Tak apalah.


Ok dah siap. Tapi jangan lah simpan lama ya. Tak macam sambal ikan bilis 4 hari ok lagi sebab ikan bilis tu dah digoreng garing Tips sambal tahan lama sebenarnya bila kita  masak atas dapur lama sikit. Tapi ni sotong ya. 

Resepi korang ambil je lah yang kak azie punya kalau jenis malas main potong, tapi Wani guna homemade ibu sambal Terpulang lah, yang penting kita masak kita makan oraiittt. Jangan lupa nak tumis tu goreng belacan terlebih dahulu sebelum masukkan bahan lain.. aroma nya lain macam. 

Resepi Sambal Sotong Gebeng Mudah dan Sedap

Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan
1 kilo sotong - bersih dan tos
3 labu bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 - 4 sudu besar cili kering kisar
Asam jawa (sebesar telur kuning gred A - rendam dengan air)/1 keping asam keping
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam 

Cara - Cara
1. Panaskan kuali tanpa minyak, masukkan sotong yang telah ditos airnya dan digolek golek dalam beberapa minit sehingga air sotong keluar.
2. Angkat dan toskan sekali lagi sehingga benar benar kering. 
3. Sambil menunggu air sotong kering, bolehlah dipanaskan kuali dengan menggunakan minyak yang agak banyak.
4. Bila minyak dah panas, masukkan petai yang telah dikopek dan belah dua. Golek golek hingga separuh masak dan keluarkan. Jika tidak menggunakan petai, boleh skip bahagian ini. 
5. Tumis pula bawang bawang yang telah dihiris sehingga layu. 
6. Kemudian, dimasukkan pula cili kisar dikacau dan tutup kuali. Masak cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. 
7. Bila bawang hancur, masukkan air asam jawa atau jika menggunakan asam keping, masukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasa. 
8. Akhir sekali masukkan sotong atau udang seketika sahaja agak agak masak. Jika terlebih masak, sotong atau udang akan menjadi kecut dan liat.

Nota
Jika menggunakan udang, saya akan goreng udang seketika terlebih dahulu. Jika menggunakan petai, bolehlah dimasukkan petai yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. 









10 Comments

  1. oooo kene buang air sotong dulu ye.. baru tahu.. biasa buat sotong main masak cmtu jerk.. nmpk sgt lea x brp nk pandai masakkan.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Sotong gebeng eh.. akak panggil sotong katak..
    Sedap ke..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa hehe.. kite tak tahu petua tu.. kite jarang masak2 ni..

    ReplyDelete
  4. Makan ngan nasik lemak, sedap tu.

    ReplyDelete
  5. Ohhhhh air tu memang kena buang eh kak.
    saya rasa mak saya tak pernah pula buat macamtu haha entahlah.
    Yang penting memang nampak sedapppp.

    jemput join segmen syed kalau berkelapangan :)
    https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
  6. ya Allah wani knapa sdap sngt ni.. busyra suka gila sambal yg pekat2 mcm ni.. rupanya kena buang dlu ye airnya.. tq wani :)

    ReplyDelete
  7. Ohhh, dalam sotong tu ada air rupanya. Patutlah kalau digoreng asyik meletop ja 😂

    ReplyDelete
  8. besarnye sotong tu...xtaw plak namanya sotong gebeng....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post