Resepi Salsa Tembikai Sesuai Untuk Pembuka Selera | Salam semua, bila sebut perkataan salsa, terus teringat yang masakan yang berasal dari Mexico. Sis tengok dalam rancangan masak - masak jer lah. Sekali tengok tu dah macam kerabu atau salad lah kalau kita panggil belah Asia ni. Ya lah, cara penyediaan tu lebih kepada nak buat kerabu. Cuma ada lah bahan - bahan sebelah sana yang digunakan. Kalau baca dekat wikipedia, salsa ni maksudnya sos, kira menu untuk sos pencicah juga. Sebabnya banyak jenis juga resepi salsa.
Dah lama terlintas nak buat menu pembuka selera, boleh jugak kan macam ni. Kira pembuka selera makan buah dulu lah. Yang penting suka yang simple. Lagipun sebenarnya sis memang peminat "cilantro", ataupun daun ketumbar ataupun dipanggil chinese coriander. Entah kenapa memang sis suka bau dari daun ketumbar ni. Tak kisah masak apa menu yang melibatkan masuk daun ketumbar ni memang suka.
Daun ketumbar ni kalau ikut kira banyak khasiatnya. Sebelum ini, ada pernah cuba sekali buat tembikai salsa. Nampak pelik sebab biasanya makan macam tu jerr kan. Tapi bila dijadikan resepi, masuk selera juga makan macam ni, walaupun tak biasa makan bawang dengan tembikai Asalkan jangan terlalu letak banyak bawang merah tu.
Rupa - rupanya sedap ya, buat awal-awal lepas tu masuk dalam peti. Sesuai sangat dah nak jadi menu pembuka selera. Bahan-bahan sangat mudah. Sis nak tunjuk sangat kat sini sebab bahan semua masih segar, daun ketumbar pun hijau lagi. Jadi apa lagi ambil peluang. Kalau daun ketumbar dah nampak kecut, memang rosak nak ambil gambar.
Kalau ikut kira resepi asal ada letak lada jalapeno kenal tak lada tu. Lada tu famous kalau kat negara cakap ala latino. Tapi sis memang tak letak lah. Biasanya tembikai salsa macam ni mereka ada letak cili. Tak biasa pula nak macam makan tembikai ala pedas macam tu. Kepelikan jer. Kalau korang nak cuba apa salahnya.
Resepi asal di SINI
Salsa Buah Yang Mudah Dan Boleh Divariasikan
Untuk salsa ni bukan saja ada yang savori malah, untuk salsa buah pun ada juga. Yang penting dalam bahan untuk buat salsa, perah jus limau nipis, atau pun lemon adalah bahan wajib. Buah pun tak terhad untuk tembikai sahaja. Ada guna buah mangga, buah nenas, buah strawberi.
Jadi yang ini, sis cuba untuk buat salsa buah guna tembikai. Rasa sedap pulak lebih lagi makan ketika sejuk. Apa salahnya cuba yang lain dari yang lain.
Disebabkan sis buat salsa buah macam ini lah, kalau terasa nak minum jus tembikai, sis suka letak daun ketumbar. Tapi yang ini versi kena makan, bukan minum.
Dalam mangkuk ni , tembikai yang dah dipotong sederhana besar. Tak potong ikut sama saiz, potong suka hati.
Ini dia bahan- bahan yang mudah, ada daun ketumbar, sis guna 2 pokok. Tak letak banyak sangat, ada 2 biji limau nipis, yang ni nanti kita nak perah jus limau nipis. Dan lepas tu ada bawang merah. Yang ini kalau ikut guna sikit jer lah tak lah terlalu bau bawang merah sangat. sis pun guna sikit. Jus limau nipis ni ikut korang, kalau terasa nak masam, tambah lagi. Pandai-pandailah suai rasa ya.
Ok, masukkan dalam bekas kesemuanya. Dah nampak ya kat atas tu nak suruh korang nampak. nanti letak lah garam secukup rasa, jangan lupa perah jus limau nipis kat atas tu. Gula tak payah lah tembikai kan dah manis.
Kemudian, gaul perlahan sampai sebati. wahh berwarna - warni nampak hijau., sekali tengok macam ada selit buat strawberry pulak kan. Tapi tak ada ya.
Sejukkan dulu sebelum makan, letak cling wrap kat atas baru masukkan dalam peti, sedap makan sejuk - sejuk. Sesiapa nak cuba macam ni boleh cuba, sis tak tahu lah korang boleh masuk makan ke tak, tapi tekak sis boleh masuk makan. Selamat mencuba.
Resepi Salsa Tembikai Sesuai Untuk Pembuka Selera
Bahan - Bahan
Buah tembikai secukupnya
1 ulas bawang merah hiris dadu
2 biji limau nipis
2 pokok daun ketumbar hiris halus
Garam secukupnya
Cara - Cara
1. Satukan ke semua bahan ke dalam bekas dan perah jus limau nipis.
2. Simpan dalam peti sebelum makan bagi sejuk
Ada berani nak cuba tak ? Mudah dan sedap salsa buah ni. Selepas ini, belajar buat salsa savori pulak. Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk follow blog ini.
Resepi Salsa Tembikai Sesuai Untuk Pembuka Selera
Bahan - Bahan
Buah tembikai secukupnya
1 ulas bawang merah hiris dadu
2 biji limau nipis
2 pokok daun ketumbar hiris halus
Garam secukupnya
Cara - Cara
1. Satukan ke semua bahan ke dalam bekas dan perah jus limau nipis.
2. Simpan dalam peti sebelum makan bagi sejuk
Ada berani nak cuba tak ? Mudah dan sedap salsa buah ni. Selepas ini, belajar buat salsa savori pulak. Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk follow blog ini.
busyra tak suka daun ketumbar. kalau letak dalam tomyam pun busyra tak makan. hehe.. tp resepi yg mnarik.. bagi sesiapa penggemar buah tembikai dan daun ketumbar pasti cuba. :)
ReplyDeleteMenarik jugak menu macam ni. tak pernah try
ReplyDeleteMacam menarik resepi nie.. mungkin boleh cuba nanti kalau rajin.. hehehe
ReplyDeletenampak sedap tembikai tu..hehe..
ReplyDeleteKetumbar bau dia kuat sikit. Makan bila rasa dia macam sesuai dengan hidangan. boleh cuba resepi akak ni kalau teringin nak makan.first time tengok ni.
ReplyDeletekak wani suka buat ray terliur haha
ReplyDeletePost a Comment