Resepi Ikan Siakap Masak Taucu Paling Simple Dan Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak Taucu Paling Simple Dan Sedap 

ikan siakap masak taucu

Salam  3 Syawal semua. Alhamdulillah, masih lagi suasana hari raya, saling kunjung mengunjungi sanak saudara. Newsfeed kat facebook pun masih ramai upload gambar hari raya. Meriah nya korang beraya. Kalaulah hari - hari gembira macam ni kan best. Kat syurga kelak macam tu lah saling ziarah menziarahi sesama kita. Semoga ikatan ukhuwah sampai lah ke jannah .

Mungkin ada yang dah boring dah makan ketupat lemang rendang ni. Wani pun tak ada mood sangat nak cerita pasal hari raya. Nanti -nanti lah di entri lain hari. Entri tertunggak yang menu bulan puasa yang lepas pun banyak lagi tengah beratur nak masuk entry.  

Satu lagi menu ikan siakap. Bulan puasa memang susah nak masuk selera. Orang kata  menu kena sedap baru masuk selera tekak, kalau yang simple pun tapi tak masuk selera tak lalu jugak makan. Betul kan.semasa bulan puasa, dalam masakan wani banyak guna asam jawa.. entah la nape. Nak suruh masam ikut selera tekak.jadinya google punya google ternampak menu ikan siakap taucu ni pun dah kecur dah, satu ada bahan taucu dan satu lagi ada masukkan asam jawa.. 

Simple pun simple, semua orang suka. Syukurlah, boleh lah dijadikan menu selain dari masak masam manis tu. 

Resepi Ikan SIakap Masak Taucu Paling Simple Dan Sedap 

Bahan - Bahan

1 ekor ikan siakap saiz agak sederhana ( ikan dibelah rama - rama baru sedap lepas tu perap dengan garam kunyit ) 
1 biji bawang besar*) 
3 ulas bawang putih*) dihiris nipis 
1/2 inci halia*)
 Cili hidup/cili padi banyak ikut suka
2 sudu besar taucho 
1 sudu besar sos tiram 
Sedikit kicap manis 
Air asam jawa secukupnye 
Garam ( tak payah letak kalau sos taucho dah cukup masin ) 
Gula 
Minyak untuk menumis 

Cara - Cara 

1. Ikan digoreng garing 

2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia sampai naik bau.

3. Kemudian masukkan bahan lain dan tumis lagi hingga agak pekat kuahnye. Bila sudah masak tuang keatas ikan yg sudah siap digoreng tadi....siap!!


2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post