ASSALAMUALAIKUM...
Salam semua
Ada lagi ke yang ada masa nak buka blog ni..macam wani ni ada masa sikit hii.. kot kot lah dah busy bersilat kat dapur..banyak nampak menu untuk hari raya nanti, habis dah keluar juadah old classic ni kan ... yang tak pernah dengar, yang tak pernah tengok lah..
Bagi yang dah sampai balik kampung...sibuk nampak semua orang menganyam ketupat, masak rendang, dan macam - macam lah. Hari nak dekat raya macam dah hari duduk kat dapur menyiapkan hidangan untuk hari raya pulak.. semoga perjalanan kalian semua selamat dan berjalan dengan lancar.. kalau kat sini hari khamis tu dah jammed dah jalan. .
Adik beradik wani 2 orang tak balik sebab sorang tu dah turned dia nak beraya dengan mertua sebelah sana pulak di Johor .. Sorang lagi on duty pada hari raya so tak dapat lah balik.. hari raya kelima baru balik.. 2 beradik raya kat Johor.. jadi kat rumah ni sunyi la sikit.. nasib baik lah ada anak 2 orang lagi dengan bonda dan abah. Kalau tak semua tak ada, beraya berdua orang tua wani.. dah apesal babak sedih pulak ni. :D.. wani menu biasa makan untuk family sendiri sebab raya pertama ni memang kami pergi rumah mak saudara sebelah abah ..tempat berkumpul ramai - ramai.
Ok back to the topic..
esok seluruh umat islam akan menyambut hari raya yang ditunggu - tunggu setelah sebulan berpuasa..jadi apa yang sunnah kita nak sambut raya ni .. jom tengok gambar infografik ni..
Selamat hari raya Wani...
ReplyDeletePost a Comment