Resepi Ayam Masak Rempah Kari Simple Dan Sedap | Salam semua, menu ayam ni kalau dimasak dengan pelbagai cara lain la sikit kan dari segi rasa dan bau tu. Kalau asyik menu sama masak pun naik boring jugak kan.
Sis sendiri kan kadang - kadang naik buntu juga nak masak apa dengan ayam ni. Kali ini cuba kelainan letak serbuk kari.
Jadilah ayam masak rempah kari. Sedap lah jugak. Bahan pun mudah nak dapat, beli jer serbuk rempah kari ayam cap apa pun. Sis kalau masak ayam yang jenis goreng - goreng macam kering sikit kuahnya.
Resepi Ayam Masak Rempah Kari Simple Dan Sedap
Bahan - Bahan1/2 ekor ayam- potong, cuci dan toskan
Bahan Tumis:
4 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
2 tangkai daun kari
1 peket kecil serbuk rempah kari ayam dijadikan pes
1 sudu besar serbuk cili dicampur dengan pes rempah
4-5 biji cili api diketuk
1 biji cili merah dihiris
1 kiub ayam maggi
Asam jawa dan garam secukupnya
Cara - Cara :
1. Tumis bahan tumis hingga garing.
2. Masukkan pes kari.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga rempah masak.
4. Masukkan ayam dan semua bahan lain.
5. Biarkan hingga ayam empuk.
6. Masukkan air sikit kalau perlu tapi jangan banyak sangat.
Baca Juga :
1. Resepi Ayam Masak Taucu Pedas Ringkas | Masakan Tradisi Orang Teochew
2. 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Sesi Keluarga
3. Resepi Gulai Daging Dengan Ubi Badak Mudah, Ringkas, Sedap
Selamat pagi Wani,
ReplyDeletecantik gambar ayam masak rempah tu. Sedap makan dengan nasi putih atau nasi tomato ni... sedap!
Slm syg wani..amboiii rajin btl adk akk ne..ayam pun nmpk sgt mnarik..nnt akk dtg join mkn..
ReplyDeleteHai..
ReplyDeletesalam wani..sedapnya ayam tu..
Salam singgah sini...kecur tgok ayam merah wani tu..ni lauk kegemaran seisi kluarga kite ni..:-)
ReplyDeletetu la kan bila hari2 masak ayam sampai takde idea la nak masak apa. terima kasih share resepi :)
ReplyDeleteNampak sedap tu kakk..terliurr kita tgok.
ReplyDeletenak try wat nti
Post a Comment