Resepi Laksa Penang Noxxa Mudah Dan Sedap | Salam semua, happy weekends. Lama rasanya tak share masak - masak ni, baru - baru ini ada pembaca berterima kasih dekat wani sebab share resepi rendang ayam noxxa. Wani terharu sangat kalau orang ucap terima kasih ni. Apa yang wani buat ni wani kongsi dengan orang lain. mudah - mudahan pembaca di luar sana pun dapat manfaat jugak. Maaf kalau ada kekurangan apa yang wani share, itu pun sekadar pengalaman Wani kongsikan di blog.
Gambar ni dah lama dalam phone sebenarnya. Aih lama sungguh baru nak pindah masuk bog 😂. Sejak ada noxxa buat laksa memang dah guna noxxa, lebih lagi kalau nak masak laksa kering tu. Biasanya bila dah plan nak makan laksa, bonda wani buat kuah laksa kelantan, wani memang akan masak kuah laksa penang.. hiii jadi ada dua jenis kuah ..
Laksa penang memang kegemaran sebab wani memang hantu laksa penang, boleh sehari 3 kali mangkuk heheh.. kalau buat menu laksa ni, kami tak masak nasi dah, lunch makan laksa sampai ke malam 😃.
Oklah hari ini nak share macam mana nak masak laksa guna periuk noxxa. Dah berulangkali masak laksa dalam ni, wani lebih suka laksa kering jenama laksa kampung. Kan banyak di pasaran jenama laksa kering kan, ada setengah laksa kering yang tebal tu kan cap apa dah tak ingat,, tak suka pulak yang tu sebab tebal dan kenyal macam plastik pulak dah makan. Huuu
Kalau korang nak cari, cari jenama laksa kampung.. ada jenama yang lagi halus tu pun dah cuba tak sedap la pulak halus sangat dah macam laksa siam pun ada. mudah jer sekarang ni nak cepat pergi beli laksa kering yang dah siap.. nak buat homemade laksa sampai ke tahun depan rasanya tak termakan laksa la gamaknya haaa
Ok ni lah laksa kering cap laksa kampung.
Keluarkan laksa kering tu dan bilas lah sekejap dengan air biasa sebelum dimasukkan ke dalam periuk. 2 bungkus wani guna sekali masuk dalam periuk noxxa. cukup - cukup jangan main tambah pulak.
letak air, nampak tak paras air tu, memang guna air banyak tapi wani letak ni nak hampir penuh la jugak tapi tak la sampai tenggelam.
jangan lupa tombol putar ke pressure
lepas tu baru tekan button "high pressure" selama 6 minit dan tekan button on ( butang merah )
lepas 6 minit bunyi beep, tekan button off , putar tombol ke arah steam untuk keluarkan wap,,hati - hati tauuuu, panas- panas nak terus buka keluarkan wap, memang memancut keluar wap nya tu..
nilah hasil dia dah siap masak dalam 6 minit. cepatkan ..
tuangkan ke dalam penapis nak bagi air lebihan laksa tu keluar .. lepas tu alirkan air ya atas laksa yang dah siap masak tu nak buang lebihan kanji,, dah rasa melekit - lekit pulak.. basuh bersih - bersih sampai kanji keluar... jadila hasil macam kat atas tu .. laksa ni tak terlalu besar dan halus, sedang -sedang ajerr..
simpan dalam bekas tertutup, kalau terdedah ke udara macam tu nanti laksa jadi kering pulak..
lepas tu, kita prepare untuk kuah pulak ya.. resepi tu semua kat bawah. sila scroll lah nanti ya.. senang jerr. hasil yang kita blend semua tu, masukkan dalam ni lepas tu letak lah segala daun kesum, serai.. ikan wani tak letak semua, setengah blend, setengah lagi hancurkan kasar- kasar, letak sekali dengan bahan kuah tadi.ok faham...
dalam ni wani letak tambahan air asam jawa, tak lengkap rasanya kalau tak letak air asam jawa walaupun dah letak asam keping pun
kemudian kacau rata sekejap, biar kesemua bahan sebati
kemudian tekan button "stir fry" dan tekan on dan tunggulah sampai ia mendidih
masa ni dalam keadaan mendidih, kacau biar kuah sebati dengan bahan lain... aroma pun dah keluar,
resepi kat bawah ya, wani ambil dari blog kak ita..macam terasa menyepi lama dah kak ita dalam blog ni. tak semua bahan letak petis pun wani tak letak, gambar atas sekali tu presentation tak cantik, hihi tapi sedap dimakan
LAKSA PENANG
Sumber: azlita masam manis
Bahan-bahan Untuk Stok Ikan
10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan
Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol
Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.Masukkan juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
Bahan untuk pes
20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen
Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus
Bahan Untuk Kuah Laksa
Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)
Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.
Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.
Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.
Dah siap pun kuah laksa kita, mudah aje kan membuatnya.
Jom kita intai-intai pula apakah bahan yang akan kita gandingkan dengan kuah laksa kita ini
Bahan utamanya mestilah laksa beras
Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.
Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.
Bila dah lembut angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.
Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa
1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus
NOTA : untuk rasa lebih pedas sikit dalam kuah, blend sekali cili api
dh buat jgak ms raya ritu. cepat dan mudah
ReplyDeleteunni masih x pndai guna periuk noxxa ni.. da 3 bulan still dalam kotak..hahahahaha
ReplyDeleteSedapnyaaaaa.
ReplyDeleteKalau beli susah sangat nak dapat rasa yg macam kita masak.
Selalunya mengecewakan tak rasa ikan.
Post a Comment