ASSALAMUALAIKUM..
salam semua, menyepi beberapa hari ni, terima kasih buat readers yang tak jemu singgah. entry tertangguh lagi.
periuk noxxa ni, jarang nak masak ikan. seingat wani, masa nak test masak ikan dalam ni, terlembik ikan hii.. biasalah main test dulu kan..kalau tak kita tak tahu. kalau sebelum ni wani tunjuk asyik nak high pressure kan, kali ini nak tunjuk low pressure. kalau high pressure nak masak daging, tulang, ayam ke boleh lah high pressure.
untuk low pressure biasanya nak masak ikan, baik guna low pressure lah, kalau guna high pressure, memang hancur la ikan tu.. nak masak sayur dalam ni pun wani tak rekomen sangat hii.. kalau wani masukkan sayur biasanya lepas masak semua, semasa kita nak didihkan kuah nak bagi sebati tu, biasa wani masukkan potongan carrot, kita on kan stir fry sekejap nak bagi didih. panas tu saja dah cukup dah. tak payah nak main low pressure ke. high pressure lagi la. jarang wani masak sayur dalam ni, biasanya banyak masukkan ubi kentang, ubi kentang tu kena high pressure lah..
kalau nak tahu cara nak empukkan ubi kentang dalam noxxa boleh baca SINI .
kali ini, wani nak share masak asam pedas ikan terubuk noxxa. sebenarnya tak tahu nak panggil ikan terubuk ke, dengar kata ikan tsunami, tak tahu mana betul hii.. tapi orang kata ikan terubuk.sebab tu wani tulis tajuk pun nama asam pedas ikan jerr..nampak tajuk umum sikit. confused bab ikan ni.
kalau nak cuba ikan lain pun boleh. tak pernah nak jumpa ikan terubuk hidup depan mata. kat sini pun memang tak ada jual, mana ada orang jual ikan terubuk segar, tak pernah jumpa. ini pun sebab adik ipar pancing, dapat tangkap ikan terubuk, ya ampunnn besar ikan ni, wani pun tak sempat nak snap gambar, masa dia bawa balik kat rumah.. anggaran tu boleh lah berat dalam nak dekat 5 kg ..
bila dah tekak teringin nak masak asam pedas, kita cuba masak asam pedas dengan ikan terubuk.jom tengok step by step.

mula - mula tekan stir fry dan on kan, masukkan minyak, nampak minyak dah panas boleh masukkan belacan
ingat ya tekan stir fry, dan kemudian tekan on
kemudian masukkan bahan tumisan dan kacau sehingga sebati dan naik minyak
masukkan serai, kacau sekejap kemudian off kan stir fry
masukkan ikan terubuk. dalam periuk tu ada tambahan ikan cencaru hii.tak apa, tak kisah korang nak guna ikan apa pun
masukkan air asam jawa,tambah air sikit kalau nak, daun kesum dan ubi kentang.
masukkan garam dan gula secukup rasa. tenggelamkan sikit ubi kentang tu biar kesemua tenggelam dalam kuah.
tutup periuk noxxa, kemudian tekan low pressure dan tekan on
pastikan tombol ke pressure
selepas 5 minit low pressure,tekan off dan pastikan wap dibebaskan terlebih dahulu sebelum buka tudung.
tekan stir fry dan kemudian tekan on, kita didihkan sekejap ya nak bagi kuah sebati.
dah siap masak, ikan terubuk ni sedap nak kata isi macam ikan tenggiri tak juga.
resepi lebih kurang kat bawah, yang ni nampak macam authentic siki,t nanti lain kali wani nak cuba resepi ni..

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI
SUMBER: Intai Dapur
SUMBER: Intai Dapur
Bahan - Bahan:
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih
3 cm belacan - Liza guna 1cm je
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend sekali)
1 sudu teh halba
Daun kesum + bungan kantan
Bendi / terung
Air asam jawa secukupnya
Garam + gula
Minyak utk menumis
Caranya :
- Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
- masukkan bahan - bahan yang diblend tadi dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak..
(if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nak bagi masak n garing punya pasal..)
- Dah garing, masukkan gula.. agak - agak ya jangan la manis sangat
( Liza letak 1 s/t je).. masukkan daun kesum n bunga kantan..
- masukkan ikan, kacau- kacau sikit, dan masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sangat tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak jugak.. jangan sampai masam gilerrr...
- masukkan bendi or terung...
- perasakan dengan garam dan biar dia mendidih
- tutup api....
waaa....nk kena cuba gak nii
ReplyDeleteowh, boleh buat masak ikan juga.
ReplyDeleteamboih sodap eh akak
ReplyDeleteAssalamualaikum sis Wani
ReplyDeleteWow pekatnya kari
Sodap
Cicah dengan roti meletups ni
Salam khamis. Kejap je dah nak cuti
wah.... mmg senang la masak dgn noxxa....
ReplyDeleteisteri suka masak gulai asam pedas..abe kie make sokmo la. tak pasal2 makin maju ke depan!
ReplyDeletePost a Comment