JADIKAN KAYLIZ GRANOLA SEBAGAI SNEK UNTUK DIET HARIAN ANDA

ASSALAMUALAIKUM..

kayliz granola

Kalau sarapan pagi, kalian semua ambil menu apa untuk mengekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari, Adakah roti, oat, sandwich, nasi dan lain -lain, Kalau ambil menu nasi sebelah pagi, menu berat tu, terlebih kenyang adalah kan.

Pernah dengar produk Kayliz tak ?  kalau sebut KayLiz Granola, apa yang kalian semua bayangkan. Semestinya, granola yang terdiri daripada oats, kekacang dan juga buah kering. Betul tak ?

KayLiz Granola yang ini unik sikit, Wani sendiri pun tak pernah dengar lagi rasanya ada bahan yang unik macam ini. Kalau kekacang dalam granola dah biasa dengar, tapi kalau ada "sweet potato" ataupun ubi keledek manis, memang lain dari yang lain kan.

KayLiz granola sangat sesuai untuk semua, dari kanak-kanak sehingga orang dewasa pun boleh makan. Amat sesuai untuk orang yang ada "hectic life".



Sebelum Wani bercerita lanjut, jom kita berkenalan dulu dengan CARE LIZ RESOURCE
  • Merupakan syarikat tempatan yang terletak di Negeri Sembilan
  • Syarikat ini telah ditubuhkan sejak 16 September 2015
  • Syarikat ini telah mengeluarkan produk makanan sihat yang berasaskan oat iaitu kombinasi bahan seperti oat, ubi keledek manis, chia seed dan juga madu 

KEISTIMEWAAN PRODUK KAYLIZ  GRANOLA

Apa yang uniknya KayLiz Granola ini yang akan buatkan kalian semua teruja sangat nak cuba

1. Tiada bahan pengawet

2. Tiada perisa tiruan

3. Tiada gula tambahan

4. Kurang gula

5. Bebas kolesterol

Untuk pengetahuan kalian semua, produk ini telah dirumuskan khas oleh Dr Aishah Solution Sdn Bhd dan telah menjadi pemenang awards dari pelbagai kategori. Wani cakap details sebab bangga produk ini keluaran anak tempatan Malaysia. Mestilah bangga kan.

REVIEW KAYLIZ GRANOLA 



Wani memang suka makan oat, selalunya buat overnight oats, macam-macam letak sebagai topping, Ada juga Wani masak menu oat jenis bersup, nampak tak, macam-macam variasi masakan oat yang Wani buat hii..bukan apa nak lari daripada orang kata macam tak boleh buat masakan lain ke oat ? Sebab ada setengah orang dia tak boleh nak masuk tekak, entah kenapa, tak sedap sangat ke ?. Oat ni bagus ya untuk kesihatan, masih ramai lagi yang tidak sedar tentang makan oat ni sangat sangat bagus untuk kesihatan. 

Ok, kalau dah tak boleh nak masuk tekak makan oat tu, apa kata kalian semua ubah makan kepada granola, KayLiz Granola ada keunikan tersendiri sebab terdiri daripada gabungan antara oat, madu, chia seeds dan juga ubi keledek. Keempat- empat bahan ini mempunyai banyak manfaat yang tersendiri untuk kesihatan tubuh kita.

Kiranya Kayliz Granola telah menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan yang mengetengahkan ubi keledek sebagai satu bahan utama untuk granola. Kalau sebelum ini, kita dengar granola macam makanan orang barat yang makan kan, Kini tidak lagi ya, kita dah ada granola tempatan buatan anak Malaysia.

EMPAT BAHAN DALAM KAYLIZ GRANOLA 

Jom kita tengok manfaat empat bahan ini dalam Kayliz granola

OAT

Bijirin oat adalah di antara bijirin yang paling sihat, rugi orang yang tak suka makan oat. Banyak khasiatnya ya. Oat mengandungi banyak kalsium, magnesium, vitamin, mineral, fiber dan juga anti oksida. Kalau yang betul-betul amalkan makan oat, memang cepat kurus.

UBI KELEDEK 

Ramai yang tak tahu khasiat ubi keledek. Ubi keledek kaya dengan vitamin A, dan juga banyak mengandungi beta kerotin, protein serta kanji.

CHIA SEEDS

Pengambilan chia seeds juga adalah sangat bagus untuk kesihatan kita. Ia juga sangat sesuai untuk diet harian kita. Buat sesiapa yang nak turunkan berat badan memang disyorkan sangat makan chia seeds. Sebab itulah dalam salah satu bahan untuk KayLiz Granola ada letak chia seeds.

MADU 

Salah satu keistimewaan KayLiz Granola ialah ia kurang gula. Manis tu datang daripada madu. Bukan guna gula putih ya, manis semulajadi daripada madu lebah. Madu sudah terbukti banyak manfaat juga untuk kesihatan.


PACKAGING YANG MUDAH DISIMPAN

Masa mula-mula dapat KayLiz Granola, terus terpegun tengok packaging nya yang kemas. Kalau nak simpan pun lagi mudah, sebab tak payah nak pindahkan masuk bekas kedap udara ya. Nak bawa ke mana - mana pun mudah, nak simpan dalam beg ke, nak bawa ke pejabat ke nak bawa untuk travel ke. Nanti korang hanya seal kan bahagian atas. Kualiti kandungan kat dalam pun terjaga.



CARA PENGAMBILAN KAYLIZ GRANOLA


Bagi Wani, makan buat snek pun dah sedap, makan sambil mengadap taip entri tak sedar dah habis. Sekiranya ada yang tak berapa suka nak makan dengan susu boleh juga makan dengan yogurt pun sedap. Kalau dah susu dan yogurt pun tak boleh masuk tekak, makan lah buat macam snek pun dah ok, Kan kata nak diet, Kayliz Granola adalah  pilihan terbaik.

Tekstur ubi keledek yang macam rice pop yang berbiji-biji dan crunchy dan rasa granola yang manis dari madu pun dah cukup, sampai mengunyah pun tak sedar dah habis.

Wani cuba makan dengan yogurt..letak potongan strawberry sikit.  Sedap pula makan dengan yogurt, sangat sesuai bagi penggemar yogurt yang nak amalkan diet yang sihat. Kenyang pun kenyang. Untuk satu paket Kayliz Granola ini, tahan untuk sampai seminggu, ambil dalam kuantiti yang secukupnya supaya tenaga kekal aktif sepanjang hari.


Jadi buat korang semua, jom kita memberi sokongan kepada produk tempatan kita ya. Dengan menggunakan tagline CRUNCHY, DELICIOUS & HEALTHY , Kayliz Granola boleh diamalkan untuk semua peringkat usia, malah harganya yang sangat berpatutan iaitu RM 17.90. Berbaloi kan.

Boleh layari facebook KayLiz Granola seperti link di bawah.Ohh lupa, KayLiz Granola ini telah dikilangkan oleh

Care Liz Resources
No. 1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender
Height, 70450, Seremban
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut berkenaan  produk KayLiz ini, boleh layari atau hubungi 


atau 

WhatsApp : 011 - 1090 6902 atau 019 - 6255 010

Emel : kaylizoat@gmail.com

Jom tengok video Kayliz Granola dimakan bersama yogurt. Sedap sangat






7 Comments

  1. Memang nampak sodap lah kak Wani. Terliur menengok eh

    ReplyDelete
  2. Kalau rajin boleh buat granola sendiri. Tak rajin dan sibuk kita beli. :)

    ReplyDelete
  3. Makan dengan buah dan susu di waktu pagi memang sedap

    ReplyDelete
  4. menarik tgk mcm mcm warna...xde la plain warna oats je....rietta pown xsuka oats, tpi rolled oats bg rietta ok....

    ReplyDelete
  5. sedapnya tengok makan dengan yogurt and strawberry!!

    ReplyDelete
  6. Ada sweet potato.. mesti sedap kan wani..

    ReplyDelete
  7. healthy snack untuk healthy lifestyle =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post