Doa Sebelum Memberi Salam Selepas Tahiyat Akhir Dalam Rumi Dan Maksudnya |
Salam semua, doa sebelum memberi salam ini antara doa yang sis selalu malkan, Alhamdulillah hafal sikit doa ni terus ingat, tak susah mana pun, nak sharing dengan korang semua. Sharing is caring ya.
Kan nak masuk syurga sama - sama. Seingat Wani,ada orang kongsi doa ni. Lepas tu gigih cuba ingat doa ni. Sentiasa baca sebelum beri salam selepas tahiyat akhir dalam solat.
Dunia akhir zaman ni, macam - macam benda yang tak dijangka nak jadi. Apa yang kita perlu buat, adalah memohon perlindungan daripada Allah daripada perkara - perkara yang mungkar.
Risau juga dengan fitnah- fitnah zaman sekarang. Semoga Allah melindungi diri kita dan keluarga serta sahabat -sahabat semua.
Doa sebelum salam dibaca selepas tahiyat akhir, minta Allah lindungi kita dari 4 perkara :
1. Neraka jahanam
2. Azab kubur
3. Fitnah hidup dan mati
4. Fitnah dajjal
Doa Sebelum Memberi Salam Selepas Tahiyat Akhir Dalam Rumi
Allahumma inni a'uzubika min azabi jahannam
Wa min azabil qabr
Wa min fitnatil mahya
Wal mamati
Wa min syarri fitnatil masiihidajjal
Maksudnya :
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahannam, fitnah kehidupan, dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.
Jom sama - sama kita amalkan ya doa selepas tahiyat akhir sebelum salam
Jom sama - sama kita amalkan ya doa selepas tahiyat akhir sebelum salam
Baca Juga :
terima kasih sharing
ReplyDeleteterima kasih..
ReplyDeleteammi dah snap yg rumi tu..nak menghafal yg tulisan arab tu huhu
Post a Comment