Homestay Di Cameron Highland : Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills

Pengalaman menginap di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland | Sis tak mula lagi  nak cerita pasal trip ke Cameron Highlands bulan 1 lepas tak tercerita lagi. Terus masuk pasal homestay boleh tak. Hujung minggu ini dah mula cuti sekolah kan. Ada rancangan nak bercuti mana-mana tak ? Pilihan orang ramai kalau nak bercuti ke mana-mana, mereka akan pilih homestay yang masuk senarai pertama kan ?.

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Bukan apa, senang lebih lagi apabila bercuti ramai- ramai bawa keluarga.

Lagipun, menginap di  homestay ini lagi jimat kalau nak berbanding dengan hotel kan. Cuti sekolah dah nak dekat, ramai yang ambil peluang nak pergi bercuti.

Trip ke Cameron Highland bulan 1 lepas dah dirancang sejak tahun 2017 lagi hii. Lama sangat merancang kan, Alhamdulillah, rancangan berjalan dengan lancar. Tempat homestay semua adik ipar yang uruskan.

Wani pun nak berkongsi dengan kalian semua kat blog, mana tahu ada yang tengah mencari homestay yang sesuai. Trip kali ini adik ipar bawa mak dan ayah dia, dan Wani satu famili bonda abah  dan adik - beradik yang lain. Berjalan ramai- ramai kan seronok.

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Hayfa Homestay terletak di Taman Golden Hills , Tanah Rata, kawasan perumahan yang dikelilingi hutan la juga, sebab di sebelah kanan tempat homestay ada ladang strawberry. dan bukit - bukau kat belakang.  Suka pulak tengok tempat ni. Sekitar kawasan perumahan teres 2 tingkat di sini ramai yang dah ada penghuni, manakala ada juga yang dijadikan untuk homestay.

Jiran sebelah tempat kami menginap adalah uncle yang berbangsa india, sebab dia lah yang tolong pegang kunci, baik sungguh pakcik ni, ladang strawberry kat belakang tu yang dia punya, nampak tak dalam gambar hujung sana, macam ada khemah putih. Pakcik ada ajak kalau nak pergi ladang strawberry dia, boleh lah. Tapi kami tak pergi hihi.

Banyak lagi nak bercerita pasal Hayfa Homestay ni. =D.

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Apa Yang Istimewa Tentang Hayfa Homestay ? 

Hayfa homestay mempunyai 4 bilik. Satu di bawah berhampiran dengan ruang dapur dan 3 bilik di tingkat atas. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan hot shower. Bilik yang berhampiran dengan ruang dapur dah ada satu hot shower, Di tingkat atas ada 2 hot shower sebab ada 2 bilik berkongsi satu hot shower. Sejuk aih.. malam suhu jatuh menjunam sampai 14 C. Kalau tak ada hot shower alamatnya memang tak mandi lah. Kemudahan ke semua lengkap tak ada yang kurang.

Maaf, gambar-gambar macam keadaan berselerak sikit. Ruang yang luas dan selesa memang sesuai untuk bawa keluarga yang besar.

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Ruang dapur sangat selesa, siap ke semua kemudahan ada peti sejuk, ada dapur gas, periuk nasi, meja makan. Pinggan mangkuk pun dah sedia ada. Jadi, kalau kalian nak masak pun tak ada aral melintang. Cuma bawa bahan masakan sendiri ya.

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Terlupa nak cakap pasal parking, nak parking kereta muat untuk 2 buah kereta, kiranya private parking, jangan risau. Gambar dalam bilik tak ambil pulak sebab tak kemas hihi. Tapi jangan risau sebab katil memang queen sized beds untuk ke semua bilik. Kipas memang tak ada langsung ya, suhu malam pun sampai cecah 14 C sejuk sangat, berjalan atas lantai pun sampai terjengket. 

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland

Homestay Yang Selesa Untuk Percutian Keluarga 

Kesimpulannya, bagi pandangan Wani, Hayfa Homestay sangat selesa, luas dan cukup dengan kemudahan yang ada, bersesuaian dengan budget percutian, Sekiranya kalian ingin bercuti ke Cameron Highlands, boleh lah booking awal - awal. Pasar malam kat sini dekat, jalan kaki jerr keluar, tapi Wani tak pergi, sampai kat sini terus terjelepek. Tak serasi dengan cuaca sejuk, siap pakej pening kepala lagi, jawabnya terguling atas katil siap berbungkus macam ninja. Sayang tak dapat pergi, sedih pun ada.

Yang lain semua keluar berjalan kaki, dalam pukul 6 petang lebih mereka keluar. Oh ya untuk kadar harga berapa semalaman, kalian boleh pergi tengok di facebook page Hayfa Homestay, ataupun boleh direct whatssap pada nombor telefon seperti di bawah. Wani ucapkan terima kasih banyak- banyak buat adik ipar dan keluarga sebelah adik ipar dan juga adik, kalau tak rancangan mereka berdua, memang tak pergi berjalan makan angin dah.

Kalau nak tahu lebih lanjut, kalian boleh lihat facebook page Hayfa Homestay, gambar - gambar lagi cantik kat sana.

HAYFA HOMESTAY FACEBOOK PAGE 


ALAMAT 

No 26, Jalan Golden Hills 4,
Taman Golden Hills
Tanah Rata
39000

NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI 

0169800407




5 Comments

  1. dekat dengan pasar malam yang best,pasar malam sesak nak letak kereta pown ssah....

    ReplyDelete
  2. Singgah blogwalking, selesa sangat homestay ni puan. Besar dan bukan kawasan tanah tinggi

    ReplyDelete
  3. Wow .. boleh tahan juga hmestay ni ekk. Saya tak jadi pergi Cameron minggu ni, dah cari2 homestay .. semuanya penuh, harga pula naik .. aduh. Maka, terus tukar plan .. in Sha Allah akan ke Kota Baru dua tiga hari ni.

    ReplyDelete
  4. cantik dan nampak luas homestay nya memang selesa. pula tu ada plan gak nak pi sana ni. hihi

    ReplyDelete
  5. Kalau pergi ramai-ramai, memang best dan berbaloi ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post