Apa Itu Bunion ? Punca Dan Masalah Yang Dihidapi Oleh Pesakit Bunion

Apa Itu Bunion ? Punca Dan Masalah Yang Dihidapi Oleh Pesakit Bunion | Sebelum itu, tengok kaki kalian terlebih dahulu, cuba berdiri tegak dan kemudian pandang lihat kaki kalian semua. Ada tak macam satu bonjolan di tepi berhampiran ibu jari kaki ? Kalau tak ada, syukurlah kaki kalian masih selamat, kalau nampak tanda - tanda macam naik bonjolan , tandanya kaki kalian mengalami sakit 'BUNION".

Kalau ikutkan, sis sendiri tak tahu apa sakit Bunion, ini kali pertama dengar. Nampak sangat tak ambil sangat hal - hal berkaitan kaki. Ok kali ini kita berkenalan dengan Bunion. 

Bunion, punca dan masalah yang dihidapi oleh pesakit bunion


Kaki merupakan anggota yang sangat penting untuk kita melakukan aktiviti pergerakan. Namun, ramai orang tidak memberikan perhatian yang serius terhadap kesihatan kaki. Betul tak ?
Kebiasaannya, kalau kita dengar pun masalah kesakitan bahagian kaki melibatkan pesakit yang menghidap penyakit diabetis.

Bunion, punca dan masalah yang dihidapi oleh pesakit bunion

                        Gambar : Peringkat bunion yang terjadi sekiranya dibiarkan berlanjutan 

Apa Itu Bunion ? 


Bunion terjadi di mana tulang kaki yang terbonjol di bahagian sendi bawah ibu jari kaki. Ini di sebabkan oleh pemakaian kasut yang terlalu sempit, ia juga pernah berlaku di mana kecederaan kaki atau struktur tulang yang diwarisi sehingga ibu jari kaki terdorong ke arah jari - jari kaki yang lain. 

Apabila keadaan berterusan tanpa terkawal, ini akan menyebabkan ibu jari membesar dan terasa sakit, sehingga mengakibatkan kesulitan ketika bersenam dan berjalan.

Dengan erti kata lain, Bunion sebenarnya perubahan dalam kerangka tulang dan sendi ibu jari kaki. Apabila terjadinya bunion, ibu jari kaki menyimpang terhadap jari kaki lain yang lebih rendah dan tulang di mana ibu jari kaki bergerak ke arah tubuh.

Kalau macam tak faham lagi, rujuk gambar di atas. Nampak tak tulang yang terbonjol keluar, ia bukan ada ketumbuhan tapi tulang yang menyebabkan nampak bonjolan macam itu. Kalau yang dah lebih teruk, memang nampak sangat bonjolan.

Bunion boleh berlaku kepada sesiapa sahaja samaada lelaki ataupun wanita, tetapi ramai di kalangan wanita yang tidak menyedari mereka menghadapi keadaan tulang kaki di tepi bahagian ibu jari kaki.

Disebabkan apa,  penyebab utama adalah pemakaian kasut yang tidak sempurna. Jadi, wanita , tolong ambil perhatian penjagaan kaki anda ya dan jangan ambil remeh dengan bunion, Ia boleh menjadi masalah yang serius sekiranya, langkah awal tidak diambil.

Bunion, punca dan masalah yang dihidapi oleh pesakit bunion

Punca - Punca Terjadinya Bunion 


Sebenarnya, punca terjadinya bunion banyak berlaku disebabkan faktor - faktor berikut :

1. Kecederaan

2. Pemakaian kasut yang tidak sesuai, terutamanya yang mempunyai tumit tinggi dan sempit.

3. Keturunan.

Kajian juga menunjukkan bunion biasanya berlaku kepada orang - orang yang memakai kasut kalau nak dibandingkan dengan mereka yang berkaki ayam. Bunion kebanyakannya dialami oleh wanita jika nak dibandingkan dengan lelaki.

Ini mungkin disebabkan rekaan kasut yang tidak sesuai seperti terlalu sempit dan juga bertumit tinggi. Maka, wanita lebih cenderung kepada penyakit ini.

Kenal tak Oprah Winfrey ?  Selebriti terkenal dengan rancangan " The Oprah Winfrey Show". Beliau pun menderita dengan sakit bunion kerana gemar memakai kasut tinggi sejak muda. Kasut tumit tinggi sebenarnya bukan tak boleh pakai, boleh tu boleh.

Dari segi pandangan diri sendiri, nak pakai pun pilih hari yang sesuai, samada nak pergi ke majlis formal. Bukan nya selalu pakai, Kalau dari sisi fesyen memang ia akan nampak wanita lebih berkeyakinan dan anggun.

Terutamanya kalau yang bekerja bahagian korporat. Kalau nak pergi pasar basah nak pakai kasut tumit tinggi, tak payah lah. 

Malangnya, kalau pemakaian kasut tumit tinggi  yang tidak terkawal,ia boleh mendatangkan penyakit bunion.

Bunion, punca dan masalah yang dihidapi oleh pesakit bunion

Masalah Yang Dihidapi Oleh Pesakit Bunion 


Walaupun bunion adalah hanya bonjolan tulang yang terkeluar, tetapi pesakit bunion akan mengalami masalah - masalah seperti berikut :

1. Sakit atau kaku pada sendi ibu jari kaki

2. Bengkak pada sendi ibu jari kaki

3. Kesukaran untuk berjalan

4. Kesukaran untuk mencari kasut sesuai

Apapun, Wanita khususnya kena ambil peka dengan rekaan kasut yang dipakai supaya tidak mendatangkan mudarat kepada kaki sendiri.

Jadi, korang kena berhati - hati dengan gejala yang timbul, kalau sakit tepi ibu jari kaki tu, tengok - tengok dulu. Kalau berlarutan, pergi jumpa doktor. 

9 Comments

  1. Lepas baca entri wani terus tengok kaki hahahahah.. Takut ada gak mujur la tapi alhamdulilah xde.. Zaman anak dara dulu suka pakai kasut tumit tinggi.. Loni dah tak.boleh dah nak pakai yang rendah jer

    ReplyDelete
  2. Lepas baca terus check kaki. Alhamdulillah takde buat masa ni. Kinah ni bukannya suka pakai heel rasa macam tak stabil pulak.

    ReplyDelete
  3. Seram plak baca. Nasib baik bukan peminat kasut tumit tinggi dan vages.
    lebih suka pakai selipar jamban dan snaker. Boleh main lompat2 dengan tenang :)

    ReplyDelete
  4. Bahaya betul ya kalau salah piluh kasut merana hidup

    ReplyDelete
  5. Betullah beauty is pain..
    LZ suka pakai kasut tumit tinggi, ada juga sempit sebab muncung kasut runcing, alhamdulillah takde lagi masalah bunion.. Tapi risau jugak lepas baca article ni.. Kena jaga kaki elok2..

    Thanks for sharing Cik Ash..

    ReplyDelete
  6. Oppss sorry Wani, tersilap taip nama Cik Ash sebab masa taip baca komen Cik Ash atas tu, huhuhu ampun...

    ReplyDelete
  7. Ana memang xreti pakai high heel. Sebabnya rasa xselesa. Pakai kasut flat pun boleh terseliuh masa berjalan. Buat malu je. Hehe

    ReplyDelete
  8. Pakai kasut tumit tinggi akan ganggu postur badan kita, tak sangka ada kesan bunion ni pula

    ReplyDelete
  9. Masa muda remaja dulu suka sangat pakai kasut tumit tinggi. Bila dah bersalin ni mula sakit itu ini. Jadi sekarang lebih suka pakai kasut flat je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post